Hai.. sebenarnye ibu lupa nak update nasi ayam yang ibu buat sempena besday aritu. hehee.. Sehari lepas besday aritu ibu ade buat Nasi Ayam Kampung. Ni memang favorite kami sekeluarga. En abang memang suka kalau buat nasi ayam masak ayam kampung. Daging ayam kampung rasenye lain sikit daripada ayam bando ni. Lebih sedap dr ayam bando. Cube la buat ye kalau nak tahu macam mane rasenye. Jom kite ikuti resepi di bawah ini.
Resepi Nasi Ayam Kampung.
Bahan2 untuk masak nasi:
Minyak 1 senduk
Marjerin 1 senduk
Minyak bijan 1 sudu
*Dimasukkan semua ke dalam periuk dan panaskan.*
Bawang putih 7 biji dititik nak blender pun boleh
Lemak ayam (kalau ade lemak ayam la)
Kiub ayam 1 kotak dlm tu ade 2 kiub.
Gula batu 2 ketul.
Serai sebatang dan Daun pandan sehelai.(Kalau nak bau nasi tu wangi boleh la letak. Tak letak pun xpe. Ibu tak letak pun.)
*Bahan2 ni ditumis semua ke dalam periuk tadi.*
*Apabile da naik bau masukkn air biar hingga mendidih.
*Da mendidih boleh masukkan beras. Basuh dulu tau berasnye..
*Sukatan beras kalau gune beras basmathi 7 suakatan beras 7 sukatan air(guna sukatan yg same tau). Kalau guna beras biasa macam biasa ikut sukatan air yg kita masak nasi tiap hari tu la.
Bahan untuk masak ayam:
Sedikit halia dititik
Kicap manis + kicap masin
Sedikit garam
Nak nmpak cantik letak la pewarna kuning tapi ibu tak letak pun.
Seekor ayam kampung yang da siap dibersihkan dan dipotong 4.
*Jerang air atas dapur kemudian masukkan semua bahan tadi biarkan mendidih.
*Biasanye ayam kampung liat sikit biar dia masak sampai empuk.
* Kalau ayam bando asal da mendidih da nampak warnenye da melekat kat isi tu boleh la angkat.
* Apabila da empuk angkat toskan airnye.
* Panaskan minyak dengan api yang sederhana. Da panas gorengkan ayam yang da siap ditoskan tadi.
* Biar nampak garing sikit kulitnye tu nampak la kecoklatannye tu. hehee..
* Siap angkat boleh potong hidangkan.
Bahan untuk sos:
Lada merah yg segar2
Bawang putih
* Diblender sekali.
Sedikit air limau sambal
1 sudu minyak bijan
Sedikit garam
* Dimasak semuanye ke dalam periuk hingga mendidih.
(Ikut la banyak buat banyak nak sikit buat sikit)
* Sup masak macam biasala*
Apabila semua da siap boleh la hidangkan dengan sayur salad dan timun. Aritu ibu buat sekilo beras memang cukup2 dapat 7 sukatan. Dapat la rumah m.mertua sepinggan, rumah akak ipar sepinggan dan selebihnye rumah ibu la. Hehee..
Anak2 asal tau ibu masak nasi ayam berebut nak makan. Tapi dia boleh cakap ibu beli kat ne ni nasi ayam? Si Afdhal la cakap macam tu. Hehee..sabo jela. Mungkin nasi ayam ibu masak macam same nasi ayam kat kedai kot. Hua..hua..huaaaa...
*Oppss..sory sampai terlupa nak amik gambo*
SELAMAT MENCUBA!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan