Isnin, 30 September 2013

~ Segmen join KINAH

 

Bile tengok blog my bff je terus teringin nak join gak segmen ni. Ibu memang tak pandai ni semua. Ibu pun la kakao talk ngan my bff ni tanye macam ne nak join segmen ni. My bff pun ajo la step by step. Ibu pun klik la link yg my bff suh klik tu. Maka bermula join menjoin segmen ni yang bername segmen KINAH

Pade sesiapa yg berminat nak join leh join same ok.
Klik je KINAH


♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen ♥

Rabu, 25 September 2013

~ Celebrate besday Afdhal *5 tahun*

Selamat hari lahir abg ngah ibu. Semoga menjadi anak yg soleh di dunia hingga akhirat. Kami sayang abg ngah. Genap la 25.9. 2013 umur abg ngah 5 tahun. Tahun ni ibu cakap kat abg ngah wat besday kat sekolah je nanti. Amboi..sukenye dia bukan main lg. Nak pegi sek tu happy giler mane taknye bawak kek ngan bungkusan jajan untuk kawan2 dia. Barang2 ni en abang yg antar kat cikgu sek. Ibu tu ade la kem kamera suh cikgu snapkan gambo nanti. Ibu tak join pun mase ni.

Terliur tengok kek ni.hehee.. oppss..jajan lupa nak snap pulak.
  
First time abg ngah menyambut besday kat sek bersame kawan2.
  

Balik dari sek je dia pun cite la. Kat sek tadi nyanyi lagu besday dia. Suke la tu..hehee..  InsyaAllah tahun depan panjang umur murah rezeki kite sambut lagi kat sek ye abg ngah. 
Amin..

♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen ♥

Khamis, 19 September 2013

~ Celebrate anniveserry

Assaalammualaikum.. pagi ni nak amik mase sikit nak update pasal ulangtahun perkahwinan ibu. Update ni nyambil masak2 kat tepi dapur. Ni semua gara2 bff ibu tu asik tanye je bile nak cite ni tengok2 blog asik kosong je. Nak update gune tab tp asal pegang tab je terus tik kat game tu yg terus x ingat nak cite pasal anniveserry ni. Ok, anniveserry tahun ni ibu x buat makan2 pun kat umah. Aritu bincang2 ngan en abang nak wat makan2 terus sambut besday anak dara ibu sekali tp bile ibu pikir sorang2 besday anak dara ibu tu lambat lg mcm x seronok pulak. Tukar plan kite makan luar je la abang ye. Nant besday along kite wat makan ari sabtu depan je ahad da boleh rest. En abang pun ok je..tanda setuju.
16 september 2013 maka genap la hari ulangtahun ibu bersama en abang selama 8 tahun. Hari ni jatuh same dengan Hari 1 Malaysia pada hari isnin. Tapi ibu sambut awal pada ari ahad malam tu. Sambut pun kat bandar kota tinggi je bawa anak2 makan luar. Simpel je xde yg special pun. Present pun xde gak xpe la kan asik present je kang org kate lak kan. Huhuuu.. Isnin petang tu bawa anak2 mandi pantai lak kat pantai jason bay. Lg pun jason bay ni dekat je dengan umah ibu dalam 10 minit je nak ke sana naik kereta. Anak2 memang happy giler ar dapat mandi pantai kebetulan pulak air pasang dekat la nak mandi manda. Kalau air surut jauh nak ke tepi mandi. 
 Restoran pilihan kami ialah Restoran Jom Makan. Ni kali ke 2 ibu ajak en abang makan kat sini.

Pukul 8 malam kami bertolak mencari tempat makan.
  
Macam biasa mesti air sampai dulu.
  
 Makanan yg kami oder nasi putih, tom yam udang, kailan ikan masin, daging masak merah dan ikan siakap tiga rasa. Semua makanan yg oder sedap.
 
Geram ngan budak kecik ni same sibuk nak makan pinggan sendiri.
  
Erghh..Alhamdulillah habis semua. Tak membazir..
  
Esok petangnye kat sini la ibu layan anak2 mandi manda.

  Habis da..ini la aktivti sempena anniveserry ibu kali ni. Plan semuanye menjadi. X yah pikir nak jalan jauh2 honeymoon. Hahahaaahaaa....apepun kami semua happy dan semoga mahligai yg kami bina sejak tahun 2005 akan kekal hingga ke akhir hayat kami. 
Amin..


♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen ♥

Sabtu, 7 September 2013

~ Aidilfitri 2013 # 6 *Last Beraya*

Hai..hai..hai..syawal baru je berakhir semalam. Ibu tetap nak cite pasal raya lagi tapi kali ni last la ibu beraya kat umah kawan ibu ni. Janji aritu nak datang first raya memandangkan teramat sibuk di pagi raya tak jadi la pegi kan. Raya ke 2 tu pulak dia da balik umah mak mertua pulak. Ermm..kebetulan pulak dia ni ade oder shawl halfmoon bile la nak bagi ek. Ingatkan nak pos je. Ibu pun we chat ngan dia nak datang umah sabtu laa..tak de pulak katenye nak gi segamat. Datang sabtu depan pulak nasib baik ok. Ibu memang da bagi tau awal kat en abang kalau nak gi umah kawan2 ibu nak cop hari supaya en abang tak boleh ke mane2 lain la kalau en abang ade urusan keja memang ibu tak boleh nak cop la kan. Hehee..
Pagi sabtu tu ibu bertolak dalam jam 11.30 pg. Kawan ibu we chat nant makan kat umah dia je. Hehee..ibu ok je. Memang rezeki ibu sekeluarga la kan. Memandangkan buah durian tengah belambak kat kebun pak mertua ibu pun mintak la sebiji dua nak bagi kawan ibu. Rezeki ko la Nini.. Haa..smpai je kat umah dia ni duduk sekejap terus hidangkan makanan. Macam2 lauk dia masak..yang paling ibu suke tom yam pehh!!! sedap..mabeles gitu. Ibu memang suka tom yam. Kenyang giler makan kat umah dia. Selesai makan borak2 sembang2 jap ibu pun bertolak balik. Sebelum nak balik tu amik gambo dulu.





Fatin ngan Ainul asik main game je.. Yg si Adal pulak main tab ibu.


Ini la dia kawan ibu tu Nini ibu panggil dia. Kat sebelah tu emaknye yang baby tu anak dia no 2 boy.



Dari kiri suaminye Nini next ayahnye Nini. Yg tu takkan tak kenal kot my lovely husband ar. Hehee..

Ok, la penat pulak membebel panjang2 ni. Jari pun naik kebas da tik sane tik sini. InsyaAllah panjang umur kite jumpa lagi ye Nini. Bye.
posted from Bloggeroid

♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen ♥

Jumaat, 6 September 2013

~ Aidilfitri 2013 # 5 *Bersame FIL*

Assalammualaikum..hari ni last raya. So, ibu nak amik kesempatan nak update raya lg bersame FIL (family in law). Mase first raya aritu x sempat nak snap gambo. Tu yg ibu sibuk nak snap gambo kejap org ni kejap org tu..termasuk la ayah mak mertua sekali ibu ajak begambo. Nak tak nak snap je. Heehee.. Mase ni kitorang nak gi jemputan kawin dan beraya umah mak cik kat jb lastly umah akak ipar. Seronok kalau gi raya ramai2 ni. Banyak cite yang diborakkan. Ok la tak nak cite panjang sebab ni ibu curi2 mase nak berblog.

Sempat bergambo dulu sebelum pegi. Posing2 kat depan umah je. hehee
  
Ayah mertuaku yang sporting bile ibu tarik nak bergambo. Hehee..
  
Ibu mertuaku yang sangat cute. Ade rupe akak ngan adik tak? hahaa..
  
 Yg atas akak ipar sulong. Sorry gambo masuk dlm blog. Yg bawah pulak akak ipar ke 2. Piss yoo..
 
 Ni semua adik2 ipar ibu baju kuning no 4, baju pik no 5 dan baju hijau tu yang bongsu. 

Suami ibu ni anak ke 3 pulak tu dia la satu2nye lelaki dalam adik beradik ipar ibu ni. So, maknenye biras2 ibu semuanye lelaki tak de saingan la kan. Tapi walaupun ibu ni menantu perempuan sorang JANGAN cakap ibu menantu kesayangan pulak. Hehee..tak de maknenye. Biase2 aje..takut wei ade yang cemburu pulak nant. Hahahaahaaa.. *kena amik iktibar atas ape yg berlaku*
Ape2 pun ibu sayang semuanye. Mmuuaaahhh.. :)


♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen ♥

Isnin, 2 September 2013

~ Aidilfitri 2013 - #4 *Bonus Raya*

Ok, masih dalam mood raya lagi walaupun da masuk bulan september tapi bulan syawal masih ada beberapa hari je lg. Rasenye minggu ni last raya. Raya tahun ni ibu tak sangka pulak dapat bonus. Katenye BONUS dari bulan 1 hingga bulan 7. Ohoohooo...faham la ibu sebenarnye bukan bonus. Nak dijadikan cerita panjang kisahnye. En abang ade pesan kat ibu ngan anak2 ape saje sekalipun tak kirala bentuk ape sekalipun 'kalau org bagi kite amik..kalau tak bagi jangan mintak'. Memang sesungguhnye itula sifat ibu. Dari bulan 1 hingga bulan 7 sebenarnye duit tambang balik sekolah sepanjang ibu amik anak akak ipar. Maaf la kalau mungkin kate2 ibu kat gruop watsap hot tu buat tersentuh hati. Bukan niat untuk menyakiti hati sesiapa sekadar melepaskan geram. Yang ibu geram tu da la info tak bgtau, tau2 bgtau kat org lain. Tu yg terkeluar ayat mcmtu. Memang sakit hati betul mase tu. Sebab sebelum ni ibu da pesan awal2 sek ke tak sek ke kena bagitau ibu sebab ibu yg amik budak sek bukan org lain. Kena faham ok. Pasal kat blog yg ibu update tu sesaje tanye dapat bonus ke tak.. Tetibe raya ke umahnye dapat bonus pulak. Syukur Alhamdulillah..
Raya da minta maaf kan da tak de simpan ape2 da. Heheehee..



Syukur dengan bonus ni ibu dapat beli beg tangan baru walaupun da hari raya seminggu.

posted from Bloggeroid


♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...