Rabu, 19 Jun 2013

~ Sekejap mase berlalu

Assalammualaikum..hampir setengah tahun berlalu kan. Sekejap je da setengah tahun Afdhal melalui alam persekolahan. Mula2 masuk sek Afdhal memang 1 abc pun xtau sangat kiranye memang langsung x hafal abc tu. Kalau kat umah tu ibu ade gak ajo2 suh bace abc. Tapi dengan syarat kalau x nak bace buku x boleh main basikal. Nak x nak kena bace gak..ikut arahan ibu semata2 nak main basikal. Hahaa..good boy. Sekarang ibu berani cakap la Afdhal da boleh mengenal huruf abc, pandai mengeja suku kata dan membace. Alhamdulillah.. Mula2 nak ajar Adal membace perghhh..sakit jiwa dibuatnye. Kalau ayahnye yg ajo lagi la sampai menangis2 Afdal membace tapi sekarang tidak lagi bile suh eja 'buku', 'kaki', 'mata' semua dapat. Nak dijadikan cite Adal bangun pagi x la susah sangat yg ibu suka tu siap menyanyi lagu 'pukul 6 pg' kat dalam bilik air. Asal balik sek je..ibu tanye ade keja sek x..ade..terus nak buat. Suka kan..hehee..


Uniform hari isnin. Senyum je nak pegi sek.



Hari selasa balik sekola dengan senyuman.



Ni anak sedara yang tiap2 hari ibu amik. Agak2nye ade bonus x ibu dapat ek..hehee



Ini budak memang kena ikut setiap kali ibu amik bdk sek. Tgok tu hnpon kat tangan sebagai umpan suh duk diam klu xdia mesti nak duk kat ibu camne la ibu drive nanti.

Ok, la ibu harap anak2 ibu belajar rajin2 ye. Semoga menjadi anak yg soleh dan solehah di dunia dan akhirat. Amin..
posted from Bloggeroid

♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen ♥

Sabtu, 15 Jun 2013

Isnin, 10 Jun 2013

~ Besday en abang 9.6

Selamat hari lahir buat suamiku semoga hidupmu bahagia dunia dan akhirat. Umur da semakin meningkat perangai tetap same..ermmm.. Sempena besday ni ibu ade la wat makan2 seperti biase. Bace doa tiup lilin makan2 ramai memang seronok. Itu la rutin setiap kali meyambut hari lahir.

 Anak2 sibuk nak bagi hadiah. Yang 1 kotak dari ibu dan yang 3 kotak tu dari kak long, abg ngah dan dik cu Aqil. Kek besday tetap ade nak wat budak2 suka.

 Selesai acara tiup lilin.

 Sesi bergambo tetap ade mase ni Aqil tido kepenatan memang tak sedar langsung dengan riuh rendah kami semua.

Ok da cukup setakat ni. Insya'Allah kalau panjang umur jumpa lagi tahun depan.
Alhamdulillah..amin.

♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen ♥

Isnin, 3 Jun 2013

~ Trip Family Day ke Langkawi

Assalammualaikum..lame tak ber'blog'  kan. Maklum la pegi holiday la katakan..hehee.. Sepanjang cuti sek 2 minggu ni korang semua tak gi mane2 ke bercuti? Ikutkan ibu memang tak merancang ke mana2 pun. Tetibe je dapat pelawaan dari family ibu ajak gi holiday ke Pulau Langkawi. Amik keputusan nak pegi ni pun teragak2 nak pegi ke tak ek.. Nak tak nak pegi je la kan. Lagi pun Abah ibu yang support semua duit minyak, duit tol, duit makan, duit tambang feri pegi balik, dan duit hotel. Ibu cume kuar duit shopping je..sape tak nak pegi kan kalau semua da di support. Rugi kan kalau tak pegi. Pegi ni pun memang tak nak kecoh2 la bukan ape tak nak anak2 yang melebih sangat. Tau2 je la mulut anak2 ibu ni kang asik bertanye bile nak pegi..bile nak pegi..asik bercakap je nanti.
Tempah resort ni pun da last minit nasib ade kosong lagi kalau tak terpakse la amik hotel mahal sikit.
Hari Ahad petang 26hb kami mulakan perjalanan dari umah mak ibu. Alhamdulillah..sepanjang perjalanan ke Kuala Perlis dipermudahkan. Berhenti di hentian untuk solat, makan dan rehat2kan badan. Jika mengantuk kami berhenti seketika untuk melelapkan mata. Jam 8.30 pg kami sampai di jeti Kuala Perlis. Parking kereta..beli tiket feri jam 9.30 kami menaiki feri bertolak ke Pulau Langkawi.
27.5.2013
Tepat jam 9.30 pg kami bertolak ke destinasi yang di tuju. Kira jauh jugak la nak ke sana makan masa hampir 45 minit. En abang da pening kepala takut2 muntah2 je kat dalam feri nanti. Alhamdulillah..tiada kemuntahan berlaku. Sampai sahaje di Pulau Langkawi anak2 semua rasa happy la. Mana taknye memang tak pernah ke sana la katakan. heheee..Untuk kemudahan nak ke sana sini cari kereta sewa dulu. Macam ibu sewa van je senang nak angkut big family tak yah sewa kereta. Untuk 3 malam bayaran sewa kereta hanye RM 600.00 sahaja. Kereta sewa sampai je kami menuju ke tempat untuk bermalam pulak. Hotel yang paling murah jadi pilihan kami. Maklum la bayaran untuk 3 keluarga kena cari murah la sikit. Paling murah pun 1 malam RM 90 untuk 3 malam 3 keluarga jumlah semua RM 1080.

Ini la tempat bermalam sepanjang 3 malam kami di Pulau Langkawi. Resort ni terletak di Pulau Cenang. Kedai makan pun senang nak cari tapi harganye faham2 je la. Sampai di sini rehatkan badan..tido sambung esok hari pula.
28.5.2013
Keesokkannye pula kami mulakan destinasi ke Telaga Tujuh, Cable Car, Makam Mahsuri da Shopping Sakan. Kat Telaga Tujuh ngan Cable Car kami tak masuk pun cume tengok dari luar je sebab nak memanjat tangga dari 1 telaga ke 7 telaga tak sanggup naik ke atas. Cable Car pulak ade yang takut nak naik jadi tengok2 je la. Kami terus ke Makam Mahsuri. Kat Sini dapat la tengok sejarah Mahsuri di hukum bunuh. Yang paling bestnye dapat tengok teater Mahsuri di bunuh. Macam real je tau. Memang seronok la.. Habis di sini kami shopping minyak gamat pulak. Macam2 jenis ubat yang ade diperbuat daripada gamat.


 Teater Mahsuri di bunuh yang dilakonkan semula


Pelbagai jenis ubat yang ade kat sini.
29.5.2013
Hari ni pulak kami ke destinasi pulau2 pulak. First pulau yang kami tuju ialah Pulau Beras Basah. Dapatla anak2 mandi manda kat sini. 


  Happy holiday Beras Basah Island. 

 
Permandangan dari tengah laut Pulau Dayang Bunting. Cer tengok dari kanan mula dari kepala, buah dada, tangan atas perut da perut mengandung. Dapat tak tengok..? Tak puas mandi kat pulau beras basah mandi pulak kat Pulau Dayang Bunting. Mandi kat sini tak macam mandi kat tepi pantai. Seperti kolam besar air tawar tak same dengan air laut. Bayangkan air pulau dayang bunting rase tawar uang di kelilingi dengan air laut. Ini la kuasa Alla Maha Besar. Dengar citer pulak kepada orang yang susah nak dapatkan zuriat mandi kat sini je. Tapi ni semua ketentuan dari yang maha esa. Sebagai manusia hanye mampu berusaha.

 Papan tanda untuk menuju ke tasik dayang bunting.
30.5.2013
Tibe hari untuk pulang. Check out jam 8.00 pg sarapan dulu kemudian jalan2 pusing2 ronda2. Puas sudah beli tiket feri jam 11.30 pg kami menaiki feri pulang ke Kuala Perlis. Huuhh...memang sronok sangat bile semua dapat berkumpul same. Ini la first time family day trip ke Pulau Langkawi.

Bergambo kenangan di Dataran Helang Langkawi.
  
 Ini la Big Family ibu. 

Gambo banyak lagi tapi cukup la ini je yang dapat ibu update kat blog. Ape2 pun rase sangat puas hati dan memang sangat seronok. Insya'Allah kalau ade rezeki akan ade trip family day yang ke 2. Heheee..Terima Kasih Allah..

 

♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...