Khamis, 9 Oktober 2014

~ Instant shawl Customade

Assalammualaikum..

Tempahan dari kastemer instant shawl.
Mudah dibentuk dan digayakan.
Hanye perlu pin di kiri kanan bahu sahaje.
Untuk mencantikkan lagi anda boleh letak hiasan pin bunga di tepi lilitan akhir shawl.
Keistemewaan instant shawl ni ialah siap jahit tengah sarung je dan pakai.
Tak perlu nak lilit bagai.
Mudah dan senang kan.


Material chiffon gorgette
Warna boleh pilih sendiri.
Harga sehelai RM 35.00
+
Wang pos RM 8.00

Untuk tempahan hubungi 
SMS @ Whatapps
019-7721044.

*Oder lebih dari 3 helai FREE wang pos.*

Sekian, terima kasih.

♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen ♥

Rabu, 8 Oktober 2014

~ Tak dapat honda jazz "Ni" pun ok

Assalammualaikum..

Alhamdulillah..tanpa di duga en suami belikan ibu sebuah kereta. Kereta keluaran terbaru iaitu AXIA. Ikutkan hati ni memang da lame teringin kereta Honda Jazz. Sesuai kan kalau wanita yang memandunye apatah lagi ibu..heheheee..(perasan kejap). Tapi tak la begitu mengharapkan sangat dengan kereta baru ni sebab ibu memang da mempunyai kereta sendiri pemberian mak ibu sendiri sejak mula belum berkahwin lagi. Kancil ni la satu-satunya harta yang ibu ade. Sayang tau nak track in. Ramai yg bertanye "tak nak jual ke kancil tu..klu nak jual aku nak beli." Hehee..ibu pesan kat en suami kancil ibu ni jangan jual walau da buruk sekali pun. Kenangan pemberian dari mak ibu. Walaupun ia nampak kecik tapi amat berharga.

Oppss..tetiba suatu hari tu en suami bawa ibu tengok kereta keluaran terbaru. Rupa2nye dalam diam dia nak belikan kereta untuk ibu. Da puas tengok2 en suami tanye la wane pe cantik..ibu jawab kuning nampak cantik kalau si ibu yg drive. Hahahaa.. Dalam beberapa minggu tu tanye lagi klu beli nak plat no pe lak? Ibu pun jawab no ni .... la sebab no plat kereta yang ade ni pun asik same je ape kate buat plat kereta no khas untuk ibu. Hahahaa... Selang seminggu je en suamai kate ok da setel semua jom kite booking eh, macam tak caye je kan.(dalam hati tu suka giler). Setel booking  tengah keputusan loan.. dlm 3 hari loan lulus tunggu kereta keluar je. Hehehee..syukur Alhamdulillah terimakasih ye abang belikan ibu kereta baru walau pun nampak kecik tak semahal honda jazz amat ibu hargai. 

Axia ni pun en suami belikan katenye senang ibu nak balik kampung..nak ke mane2..drive sendiri je. Mane taknye kancil ibu tu nak bawa ke kebun lada hulu hilir dengan kancil kecik senang. Pandai kan en suami ibu ni ade kira2 rupanye patut la ek..huhuu..sabo je la. Ibu tak kisah pun selama ni kancil ibu ni la ibu ke hulu ke hilir dengan anak2. Da orang nak belikan kite amik je la kan. Rezeki jangan di tolak. Syukur..

Jom tengok pilihan warna AXIA yang ibu beerkenan.

Haaa..kuning la jadi pilihan hati. Hehee.

Sekian.


♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen ♥

Jumaat, 3 Oktober 2014

~ Bawal Chiffon

Assalammualaikum..

Collection terbaru dari ibu TUDUNG BAWAL CHIFFON. -Aifaa Collection.


Senang dibentuk boleh dipelbagaikan gaya.
Citarasa mengikut saiz bidang di bawah:

Bidang 35" - Rm 20. Sesuai untuk kanak2.
Bidang 40" - Rm 30
Bidang 45" - Rm 35
Bidang 50" - Rm 40
+
Wang pos Rm 6.

Beli lebih dari 3 helai wang pos FREE.

Ape lagi jom shopping. Mane yg teringin nak sepasang dengan anak2 boleh la ye.

Untuk tempahan :
SMS @ What apps 019-7721044


♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen ♥

Khamis, 2 Oktober 2014

~ Cabutan Bertuah dari JAKEL

Assalammualaikum.. syukur alhamdulillah.


♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen ♥

Jumaat, 25 Julai 2014

~ Salam Aidilfitri 2014

Assalammualaikum..lamenye ibu tak meng"update" blog kan. Busy memanjang je dengan tempahan tudung sejak2 ni. Syukur alhamdulillah..rezki raya tahun ni. Ok la dikesempatan ini ibu nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin buat semua pelawat2 blog ibu. Mane yg balik kampung tu hati2 dalam perjalanan pulang ye. Semoga selamat sampai.


♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen ♥

Jumaat, 25 April 2014

~ Amalan..

Assalammualaikum...


Amin..

♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen ♥

Ahad, 13 April 2014

~ Feedback from customer

Assalammualaikum..

Mood blog sejak.heheeni memang tak rajin nak update ape2. Maaf ye semua..buat mase ni ibu banyak menghabiskan mase dengan menjahit tempahan tudung. Tu sebab nak buka blog pun tak de mase. Apatah lagi nak lawat blog korang. Sorrryyyy...

Ni pun atas permintaan pelawat blogger ibu minta updatekan pasal feedback kastemer yg telah menempah tudung kat ibu. Ini lah hasilnye..

Antara kastemer tempah tudung 3 layer.

Ni kastemer tempah halfmoon 2 layer 

Model cilik halfmoon -anak dara ibu.hehee

Ni kastemer yg tempah tudung ruffle.

Buat mase ni..ini je yg sempat ibu update. Sebenarnye ramai lagi tapi mase tak mengizinkan jari jemari nak taip menaip.hehee..
Syukur Alhamdulillah..semua kastemer yg membuat tempahan kat ibu berpuas hati dengan hasil kerja tangan ibu menjahit.
 Terima  kasih u all..
Terima kasih..Allah.



♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen ♥

Sabtu, 15 Mac 2014

~ Tudung 3 layer ikut tone warna

Assalammualaikum.


Tudung 3 layer customade






Material chiffon 3 layer
Saiz dewasa S, M, L
Harga RM 75
Best price RM 70


Untuk tempahan boleh hubungi 019-7721044 @ email marlinasahar@ymail.com
Warna boleh ikut pilihan matching sendiri.

*Gambar di atas semua atas pilihan warna pelanggan sendiri*



♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen ♥

Jumaat, 14 Mac 2014

Ahad, 9 Mac 2014

~ Tudung kanak-kanak 3 layer

Assalammualaikum

Tudung Customade Kanak2

Material chiffon 3 layer
Saiz kanak2
Harga RM 35
Best price RM 30



Berminat boleh buat tempahan melalui email
marlinasahar@ymail.com
Atau
Hubungi di talian 019-7721044



♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen ♥

Sabtu, 8 Mac 2014

~ Hadiah dari anak & en asben

Assalammualaikum.

Ermm..pe kabo semua. Lamenye ibu tak layan blog kan. Mane taknye sibuk dengan menjait tudung tempahan kastemer. Blog pun da nak bersawang da ni. Ok la, aritu ibu ade cite pasal besday ibu kat entry lepas kan. Haa..ibu happy sngat dengan pemberian hadiah dari anak2 dan en asben. Walaupun bentu rupanye tak la sehebat mane tapi rasa bersyukur dan terharu sangat dengan sambutan diorang ni untuk besday ibu dia. Petang hari besday ibu tu en asben bawa kami semua makan Mc D kat JB. Tempat ni memang peberet kami tak kisah la jauh pun dari kota tinggi. Diorang ni plan nak bagi hadiah bile da sampai kat Mc D nanti. Ermm..tunggu la kan.. Sampai je oder..makan2..eh, siap je makan en asben datang bawak hadiah. Ingtkan anak2 je yang da sediakn hadiah untuk ibu. Rupanye en asben pun ade jugak nak bagi katenye sbelum ni tak de hadiah. Ibu tak kisah la..memang pun ibu tak mintak ape2 hadiah. Cukup la sekadar mengingati hari kelahiran ibu je. Anak2 da tak sabo nak suh buka hadiah. Ibu pun buka la..jeng..jengg..jenggg...jom tengok.

Ni dari kak long

Ni dari abg ngah

Ni dari en asben

Sebelum kuar bergambar 1 family dulu.

Ok, da itu je. Terima kasih ye anak2 dan en asben atas semua ni. Ibu happy sangat dan sayang awak semua.
Opss..kek besday tak de. Hehee..

Amin.

♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen ♥

Jumaat, 7 Mac 2014

Khamis, 27 Februari 2014

Happy besday to me!

Assalammualaikum.

Bismillahirahmanirrahim..first sekali ibu nak nyanyi lagu besday la untuk diri sendiri.hehee.. (nyanyi dlm hati). Syukur Alhamdulillah selama 34 tahun masih diberi nafas hingga ke saat ini. Thanks Allah.. hanya kepadamu aku berserah hidup matiku.

Oppss..sempena besday ibu arini awal2 lagi ibu da dapat mesej kakaotalk jam 1 pg. Fuh! Kiranya dia la orang yang terawal sekali bagi ucapan besday kat ibu. Nak tau  tak sape? Cer teka..cer teka..hehee. My bff la sape lagi. Ibu tengah syok tido tetiba je bunyi kakaotalk bertalu2. Walau dalam keadaan mata tak nak buka ibu tengok jugak ape yang di anta tu. Banyak tu..icon2 besday ade ucapan lagi. Ermm..ngantok punya pasal tak sempat nak reply. Hehee..sory. Jam 6 pg ibu bangun terus amik hp reply kakao my bff tu. Thanks..mmmuuahh..

2 jam kemudian ibu terima pulak ucapan dari en suami. Hadiah tak de tau. Tapi ade makan2 kat luar la. Ibu tak kisah ade hadiah ke tak de hadiah..janji ingat sudah memadai bagi ibu. Terima kasih abang. Love u forever still jannah.

Haa..bukan ni je ade lagi yang my bff tu send kat ibu. Bukan setakat mesej kakaotalk je. Dalam jam hampir pukul 12 tengahari terima lagi nyanyian lagu besday dr youtube, pastu pulak ade lagi. Gambo yang di edit khas untuk ibu. Cer tengok kat bawah ni.

Comel tak..comel tak..? 

Ok, kita tunggu episode seterusnye sebab ibu diberitahu oleh anak2 yang dorang ni ade present untuk ibu. Nak tau gak kan ape present tu. Tungguuu..

Amin.

♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen ♥

Jumaat, 21 Februari 2014

~ first segmen simple by hana : mencari bloglist dan rakan"

Assalammualaikum.


Klik banner untuk join.




♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen ♥

~ Semua milikNye

Assalammualaikum dan selamat pagi semua.
Salam jumaat. Semoga di pagi ini membawa seribu kemanfaatan buatkita semua.




Amin.

♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen ♥

Khamis, 20 Februari 2014

~ Tudung Syria

Assalammualaikum.

Tak de ape yang nak ibu citekan sejak2 membusykan diri dengan buat tudung dan shawl. Minggu lepas sibuk buat shawl lepas tu ibu cuba nak buat tudung syria pulak. Ikut je contoh yang ade. Eh jadi pulak..hehee..nak tengok tak? Jom..

Ni hasil yang pertama ibu buat tudung syria. Tengok model tu comey je..

Hasil ke 2 tempahan dari kawan ibu.

Kepada yang berminat untuk si anak boleh la tempah ye. 
Jenis kain chiffon.

Ok, da..

♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen ♥

Jumaat, 14 Februari 2014

~ Hari Kekasih???

Assalammualaikum.

 Bersempena tarikh hari ini, 14 Februari 2014 semestinya ramai yang tahu mengenai Valentine’s Day” yang telah menjadi trend remaja dan masyarakat Islam kita sekarang menyambutnya tanpa mengetahui hakikat sebenar sambutan Hari Kekasih ini. Akhirnya, sambutan ini telah membawa kepada kemudharatan dan mafsadah yang lebih besar kepada umat Islam itu sendiri.
Jom kita mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sambutan Valentine’s Day” atau “Hari Kekasih”  ini untuk pengetahuan dan panduan diri kita sendiri, keluarga, anak-anak dan umat Islam seluruhnya, InsyaAllah.

Hukum dan Fatwa mengenainya

1891234_613075352103822_276393336_n

Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam


Kenapa ianya DiHARAMkan???


1) Mengenang dan mengagungkan tokoh Barat yang bernama Saint. Valentino, dia dibunuh pada 14 Februari 270 M.

2) Ianya disambut untuk memperingati hari kejatuhan kerajaan Islam Cordova pada 14 Februari 270M.

3) Mendekati ke arah penZINAan.

Firman Allah s.w.t : “Dan janganlah kamu dekati ZINA, sesungguhnya itu adalah perbuatan yang keji dan suatu  jalan yang buruk”
{QS 17:32}.

4) Ianya adalah bukan daripada Budaya Hidup Islam.

Sabda Rasulullah s.a.w : “Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan daripada amalan kami maka ia akan ditolak”
[Riwayat Bukhari dan Muslim]

5) Islam menegah umatnya meniru atau mengikut budaya Barat.

Sabda Rasulullah s.a.w : “Barang siapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia termasuk dalam golongan mereka”
[Hadis Riwayat Abu Daud]

6) Kasih sayang dan keCINTAan yang UTAMA adalah untuk Allah s.w.t  dan RasulNYA.

Islam menggalakkan umatnya agar sentiasa berkasih sayang sesama Islam tetapi hendaklah mengikut batas syariat yang telah ditetapkan dan berkasih sayang dengan yang halal bagi kita, cthnya : Keluarga, Suami Isteri, Anak-anak dll., bukan untuk yang tiada pertalian halal (lelaki/perempuan) bagi kita.
Tambahan, ingin dikongsi bersama artikel yang dibaca dari penulisan Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman yang bertajuk “Muslim JANGAN SAMBUT VALENTINE DAY”. Beliau menyatakan bahawa, hari tersebut menjadi semakin terkeji apabila ia menjurus kepada perlakuan maksiat, mengadaikan ‘dara’ kepada kekasih yang bernafsu ‘syaitan’ dan dengan perlakuan seks bebas yang kononnya bagi membuktikan ‘ketulenan’ cinta seseorang kepada kekasihnya. (Baca lebih lanjut : http://zaharuddin.net/senarai- lengkap-artikel/3/292-hukum-rai-valentine-a-jual- bunga.html).
Semoga sedikit sebanyak huraian dan penjelasan mengenai sambutan ini dapat memberi kesedaran kepada masyarakat Muslim kita agar kita lebih berhati-hati dan menyelidik sesuatu perkara dengan lebih jelas dan tidak terikut-ikut dengan budaya dan ajaran dari agama selain daripada Islam, InsyaAllah.
1911806_613075378770486_1103089662_n
Amin..Wallahu'alam.



♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen ♥

Khamis, 13 Februari 2014

~ Nak tempah..dialu2kan.

Assalammualaikum.
Ade yang nak tempah shawl kat ibu tak? Saje je nak amik tempahan buat mengisi mase lapang sambil isi tabung. Kalau ade yang berminat warna boleh pilih sendiri nak matching warna ape. Kat bawah ni ade designnye sebagai contoh. Lihatla..



Kepada sesiapa yang berminat tempah boleh wassap/sms 019-7721044 @ post kan kat ruang komen. 
Ataupun boleh email ibu marlinasahar@ymail.com
Opss..harga sehelai RM 35 tidak termasuk wang pos.

Sila2 la jangan malu2..hehee. 




♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen ♥

Isnin, 10 Februari 2014

~ Thanks kepada 2 blogger ni.

Assalammualaikum.

Hari ni ibu nak kongsi sedikit tentang entry yang telah diupdatekan pasal blog ibu. Alhamdulillah da ibu ucapkan ribuan terima kasih banyak2 atas entry korang ye. Kepada sesiapa yang ingin tahu ape kisah enrty  blog tu boleh terjah n follow sekali blog dia ok.







Best la korang kan.



♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen ♥

Ahad, 9 Februari 2014

~ Ramaikan Follower,Raikan Ukhuwah..

Assalammualaikum.

Klik banner untuk JOIN. 

Jom kita same2 merapatkan ukhwah sesama blogger.



♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen ♥

Jumaat, 7 Februari 2014

~ Ragam manusia

Assalammualaikum.



Mane satu yang harus kita lakukan? Tak perlu kata apa2..yang penting kita buat kerana Lillahita'ala.



♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...