Assalammualaikum..
Mood rajin datang lagi. Tetibe pulak nak buat kek coklat moist ni. Anak2 memang suka je kalau ade coklat. Ibu pun suka jugak..hahaa.
Kek Coklat Moist
Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
4 biji telur
1 cawan minyak jagung
1 cawan gula aising
1 tin susu pekat
1 cawan serbuk koko
1/2 tin susu cair
1 sudu kecik baking powder
Cara-caranye:
- Pukul telur hingga kembang
- Tepung gandum + baking powder diayak bersama -ketepikan.
- Gula + sebuk koko + susu pekat + susu cair + minyak jagung dilarutkan atas api yang sederhana. Apabila da larut ketepikan.
- Sapu loyang dengan marjerin sedikit supaya tidak melekat apabila sudah masak nanti.
- Kemudian masukkan bahan yang dilarutkan tadi ke dalam putaran telur yg dah kembang dengan berselang-selikan dengan tepung sedikit demi sedikit.
- Kacau hingga sebati. Da sebati boleh isi dalam loyang dan kukus selama 1 jam.
Bahan untuk topeng atas:
- 1/2 cawan susu pekat
- 1/2 cawan susu cair
- 2 sudu marjerin
- 1/2 cawan serbuk koko
* Campur kesemua bahan ini dan dimasakkan dengan menggunakan double boil.
* Apabila kek sudah masak biarkan ia sejuk
* Sementara kek sejuk boleh masakkan bahan topeng.
* Kemudian boleh curahkan atas kek tadi. Boleh tambah dengan hiasan coklat rise, badam hancur.. ikut suka hati la ye.
Siap untuk dimakan.
Ok, Selamat Mencuba!
SEKIAN!
lepas ni topping pakai whipping cream lagi mavoulesss!!! hihi
BalasPadam