Arini tekak ibu rasa macam nak makan bubur tepung pulak. Kebetulan ade baki kelapa parut lepas masak ikan tadi. Ibu pun buat bubur tepung. Ibu buat sikit je..cukup la untuk family ibu. Nak bagi kat jiran umah takut tak makan lak bubur ni. Nak buat bubur ni mudah je..antara bahan2nye lihat di bawah ye.
tepung gandum (ikut suka nak buat banyak ke sikit)
garam sedikit
air masak
(bahan2 ni dijadikan doh)
santan pekat
gula
gula merah
sagu gendang(tak nak letak pun tak pe)
cara2nye:
bahan2 yang telah dijadikan doh tadi digunting atau bulatkan kecil2.
(kalau nak cantik boleh wane kan ngan pewarna)
siap dibulatkan rebus ketika air sedang mendidih lihat sehingga timbul boleh diangkat dan ditapis airnye
kemudian masak santan pekat campur gula,gula merah dan sedikit garam.
masukkan tepung tadi kacau hingga sebati sampai mendidih.
kalau nak masukkan sagu gendang boleh masuk sekali ye. Tak nak pun tak pe.
ok,siap untuk dimakan.
SELAMAT MENCUBA!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan