3 hari 2 malam..sekali bunyi semua ingat macam package honeymoon je kan. Wah! beruntung la sangat dapat package honeymoon ni (ermm..jangan harap la yek..).
Sebenarnye ni perjalanan Ibu yang tak dirancang sama sekali hanye kebetulan saje. Ayah dan mak mertua ibu dapat panggilan pergi haji tahun ni jadi en.abang kena antar mereka ke Komplek Tabung Haji di Kelana Jaya, Kuala Lumpur pada 4 hb ni. Memandangkan kurang pasti perjalanan ke sana berapa jam boleh sampai ayah mertua pun tempah hotel yang berdekatan dengan Komplek Tabung Haji tu. Kami berangkat awal pd 3 hb sebelah petang dalam jam 2.30 ptg bertolak dari umah. Bukan ape, kepada jemaah2 haji yg nak pergi haji kena tiba awal sebelum jam 12 tenghari pd 4 hb tu. Pada awalnye ibu memang tak dapat nak ikut antar mereka disebabkan anak ibu cik Fatin ade pertandingan bercerita pada tarikh tersebut. En.abang pun ajak bapa saudaranye buat teman bicara dalam perjalanan nanti. Tiba2 last minit cikgu cik Fatin beritahu dan beri surat keizinan untuk membawanye ke acara tersebut pada tarikh 11 hb pulak. En.abang pun ajak ibu la ikut sekali ke sana. Ibu ok je..hehee..Setibanye di Kelana Jaya kami check in dulu KTHaji senang da tau tempat tak la tercari2 nanti kan. Da jumpa je..check in hotel pulak untuk penginapan 1 malam di sana.
ini la hotel penginapan untuk 1 malam sahaja ok.. "GOODHOPE HOTEL". Untuk pengetahuan, ibu pun baru dapat tahu kat SKUDAI, JB adehotel ni. Kepada sesiapa yg tempat tinggalnye jauh nak pergi LEGOLAND, JB tu boleh la menginap kat hotel ni. Eh, ibu pulak yg promote da macam hotel ibu je kan..ape la... huhuuhuuu..
Pagi tu kami check out awal pg dan terus menuju ke KTHaji langsung bersarapan pagi di sana. Selesai sarapan pagi setelkan pendaftaran. Lame jugak menunggu nak buka kaunter ni..dalam beberapa jam kemudian kaunter dibuka kepada jemaah2 haji untuk mengambil keperluan yg telah ditetapkan untuk para jemaah haji sekalian. Dapat barang2 tersebut terus buat ape yang patut. Selesai..ayah dan mak mertua pulak tukar pakaian, bg kaum adam kena memakai ihram terlebih dahulu bg kaum hawa pulak memakai telekung. Siap suda menukar pakaian ibu sibuk buat sesi begambar le..hehee..
mase ni menunggu la sehingga jam 12 tengahari sampai anak ibu, Aqil kepenatan tertido. Nasib baik senang tido tak meragam.. Syukur Alhamdulillah..
Suami Pn Mama Sara dengan Cik fatin dan Afdhal sibuk menolong kemas barang. Rasanye budak berdua tu tukang tengok je..heheeheee..
Ni antara sesi gambar kami semua. Tengokla si Aqil tu sampai buka baju kepanasan. hehee..
Sudah mahu mula berangkat. Semoga perjalanan ayah dan mak mertuaku selamat pergi dan selamat kembali.
Tepat jam 12 tengahari jemaah haji mula menaiki bas hendak di bawa ke KLIA. Ibu dan en.abang pun mulakan perjalanan pulang. Sebelum tu ibu singgah di Nilai 3 saje shopping. Tapi shopping tak banyak mane pun cuma beli karpet je. Anak2 ibu pulak dapatla beli sorang sehelai baju. (Nak puaskan hati mereka yg dalam kepenatan) kesian..hehee.. Habis kat Nilai niat tu nak pegi Port Dickson, Seremban memandangkan da petang sangat batal niat ke sana. Ibu singgah kat Melaka Afamosa Resort terus check in hotel. Habis 1 hari da masuk 2 hari 1 malam. Kat Afamosa Resort ni sebelah malam ade Cowboy Town memang best tau. Kalau nak cite kat dalam blog memang panjang berjeler la jawabnye.. Nak tahu cube pegi nanti yek!
Malam kat Cowboy Town.
Habis jam dekat kul 11 malam terus masuk bilik (dapat 2 hari 2 malam).Tidooo.. sampai pagi. Bangun pagi sarapan percuma kat Hotel lepas tu bersiap2 kemas barang nak check out ok. Check out dr hotel ibu bawe anak2 mandi dulu kat Waterworld Afamosa. Ade jugak Safariworld ibu tak masuk pun kat situ malas la penat bejalan. Mandi manda je..(tetap nak puaskan hati anak2 jugak)hehee..
Tengokla gelagat anak2 ibu ni bukan main suka la tu. Yang si kecik tu pun same sukanye tak padan.
Siap mandi makan percuma pulak kat waterworld. Lepas makan mase untuk pulang ke rumah. Ok, cukupla 3 hari 2 malam package yang tak dirancang sama sekali. HUHUUU...
Apepun..ALHAMDULILLAH.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan