Jumaat, 14 Februari 2014

~ Hari Kekasih???

Assalammualaikum.

 Bersempena tarikh hari ini, 14 Februari 2014 semestinya ramai yang tahu mengenai Valentine’s Day” yang telah menjadi trend remaja dan masyarakat Islam kita sekarang menyambutnya tanpa mengetahui hakikat sebenar sambutan Hari Kekasih ini. Akhirnya, sambutan ini telah membawa kepada kemudharatan dan mafsadah yang lebih besar kepada umat Islam itu sendiri.
Jom kita mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sambutan Valentine’s Day” atau “Hari Kekasih”  ini untuk pengetahuan dan panduan diri kita sendiri, keluarga, anak-anak dan umat Islam seluruhnya, InsyaAllah.

Hukum dan Fatwa mengenainya

1891234_613075352103822_276393336_n

Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam


Kenapa ianya DiHARAMkan???


1) Mengenang dan mengagungkan tokoh Barat yang bernama Saint. Valentino, dia dibunuh pada 14 Februari 270 M.

2) Ianya disambut untuk memperingati hari kejatuhan kerajaan Islam Cordova pada 14 Februari 270M.

3) Mendekati ke arah penZINAan.

Firman Allah s.w.t : “Dan janganlah kamu dekati ZINA, sesungguhnya itu adalah perbuatan yang keji dan suatu  jalan yang buruk”
{QS 17:32}.

4) Ianya adalah bukan daripada Budaya Hidup Islam.

Sabda Rasulullah s.a.w : “Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan daripada amalan kami maka ia akan ditolak”
[Riwayat Bukhari dan Muslim]

5) Islam menegah umatnya meniru atau mengikut budaya Barat.

Sabda Rasulullah s.a.w : “Barang siapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia termasuk dalam golongan mereka”
[Hadis Riwayat Abu Daud]

6) Kasih sayang dan keCINTAan yang UTAMA adalah untuk Allah s.w.t  dan RasulNYA.

Islam menggalakkan umatnya agar sentiasa berkasih sayang sesama Islam tetapi hendaklah mengikut batas syariat yang telah ditetapkan dan berkasih sayang dengan yang halal bagi kita, cthnya : Keluarga, Suami Isteri, Anak-anak dll., bukan untuk yang tiada pertalian halal (lelaki/perempuan) bagi kita.
Tambahan, ingin dikongsi bersama artikel yang dibaca dari penulisan Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman yang bertajuk “Muslim JANGAN SAMBUT VALENTINE DAY”. Beliau menyatakan bahawa, hari tersebut menjadi semakin terkeji apabila ia menjurus kepada perlakuan maksiat, mengadaikan ‘dara’ kepada kekasih yang bernafsu ‘syaitan’ dan dengan perlakuan seks bebas yang kononnya bagi membuktikan ‘ketulenan’ cinta seseorang kepada kekasihnya. (Baca lebih lanjut : http://zaharuddin.net/senarai- lengkap-artikel/3/292-hukum-rai-valentine-a-jual- bunga.html).
Semoga sedikit sebanyak huraian dan penjelasan mengenai sambutan ini dapat memberi kesedaran kepada masyarakat Muslim kita agar kita lebih berhati-hati dan menyelidik sesuatu perkara dengan lebih jelas dan tidak terikut-ikut dengan budaya dan ajaran dari agama selain daripada Islam, InsyaAllah.
1911806_613075378770486_1103089662_n
Amin..Wallahu'alam.



♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen ♥

7 ulasan:

  1. kat ofis nie pun 2 3 orang bangsa lain duk tanya sambut valentine kat mana... dapat hadiah apa.. eksited sgt mereka neh dengan valentine... naniey cakap terus terang je kat mereka... i dont celebrate valentine... then trus mereka senyap...

    BalasPadam
  2. bagus entri ne sebagai teguran untuk mereka yang ingin menerima nasihat ^^

    BalasPadam
  3. X pernah smbt pun dari muda2 dulu..muehehee

    BalasPadam
  4. dulu muda2 sambut juga... tapi skang tak lagi

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...