Khamis, 23 Mei 2013

~ Jason Bay- Pantai Tg. Sedili

Hari minggu yang lepas ibu cadang nak makan tengahari kat tepi pentai tg sedili. Tapi ibu tak cakap kat anak2 pun plan ni. En abang pun tak tahu. Bukan ape..memang sengaja tak nak cakap sebab kalau cakap awal nanti anak2 ibu asik bertanye je bile nak makan kat pantai. Bercakap dan sentiasa bercakap pasal ni.. Lagi satu kalau plan awal kang takut tak menjadi pulak. Tu yang ibu senyap2 je..masak2..siap semua ibu kemas masuk bakul ape lagi ibu pun kate " ok, siap jom kite gi pantai.." Itu punye gelagat anak2 sukanye bukan main lg. Tapi dengan syarat tak payah mandi cume main2 air je kat tepi2. Nak tengok boleh percaya ke tak ek..hehee..jom kite tengok..

Sebakul makanan da siap isi dengan 1 periuk nasi. Tengok la lauk asam peda ikan mayung memang peveret kami sekeluarga, ade sayur kobis goreng, ikan goreng dan tempe goreng vs sambal kicap. Air masak sejuk je. Sambil makan2 menikmati angin pantai memang menyelerakan.

Lepas makan mula la anak2 sibuk nak main air pantai. Mase ni kat tepi2 pantai je basah2kan kaki je..

 Haa..ni da terlebih da ni. Janji dari umah entah ke mana. Mula tu gayanye je lebih posing bukan main sikit2 mencecah air lame2 dalam diam basah da semua. Ini la Afdhal..huhuuu..

Sesekali bawe anak2 makan2 kat pantai memang seronok sangat.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen ♥

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...