Isnin, 31 Disember 2012

~ Go Hello Kitty

Yeay!! Akhirnye dapat jugak pergi ke Sanrio Hello Kitty ni. Ni janji en abang nak bawa kami sekeluarga jalan2 sebab 2 bulan cuti sek kami tak ke mana pun bercuti. Al maklum la en abang da sibuk dengan kerja memang tak dapat nak gi holiday. It's ok abang...ibu faham. Tu pun da last cuti baru dapat gi sini. Anak2 pun suka aje..

 ini la tempat yang kami sekeluarga pergi. Nak masuk sini mesti la ade tiket kan..harga same je bagi dewasa dan kanak. Ade 3 world iaitu 3 tempat permainan, kite boleh pilih kalau nak masuk 3 world RM 85 manakala yang nak masuk 2 world je RM 50. Memang best la tempat ni ibu bapa boleh join ngan anak2 sekali. Macam nak pegi lagi je..hehee..

Sebelum masuk sempat posing dulu ok. Budak kat sebelah tu pun same gak nak posing. Sekali la snap gambonye tu sebab nak nampakkan gambo hello kitty yg besar tu.huhuu...

Sambil main tu amik gambo skali la..lubang pokok ni ibu nak masuk tp disebabkan ade si bujang kecik ibu keja melayan dia je la main. Aqil pun same suka..hahaa...

 Ok, piss dr Adal. Geram tengok si kecik ibu tu nak main sendiri tak nak ibu pegang dia.

Sebelum keluar ibu sempat beli barang sebagai cenderhati untuk anak2 ibu. Benda ni je yang ibu beli lagipun botol air ni boleh isi air bawa bekal ke sekolah nanti. Banyak sebenarnya yang ade dijual kat sini tp harganya tau2 je la kan..hihiii

Pada sesiapa yang belum pegi lagi tempat ni boleh la pegi nanti yek. Best tau..syok.. Ibu ni pun ada hati macam nak pegi lagi je. hehee..

#gambo banyak lagi tapi semuanye kat dalam kamera, gambo yang ade ni ibu snap guna hp je.#
 

♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen ♥

2 ulasan:

  1. Bestnye! yang rumah dekat nipun tak pegi lagi...baru lalu jek.heheheee

    BalasPadam
    Balasan
    1. umah mummy dekat leh gi bile2 je.. umah kami jauh tu yang kena gi awal..hahaa

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...