Isnin, 11 Februari 2013

~ Menu untuk malam ni

Hai..hai..hai.. Assalammualaikum. Malam ni seperti biasa la umah ibu ni kalau malam lauk tak de ade je yang di plan oleh en abang suh masak ape. Biasanye ibu buat nasi goreng je dengan ikan goreng. Adakalanye ibu masak ayam panggang je gatah gitu je. Ermm..macam2 lagi la asalkan menu yang simple dan ringkas. Hehee..senangkan. Ok,jom kite tengok meni ibu malam ni.

Nasi Goreng Udang.
 Ni favorite ibu tau. Ibu memang suka sangat nasi goreng udang. Kalau gi makan kat kedai mesti ibu oder nasi goreng udang. Bukan ape sebenarnye ibu suka kat udang tu ha..hehee.

  Ni pulak menu untuk anak2.
  Ayam goreng kfc (buat sendiri je) untuk Afdhal. Ni memang favorite Afdhal. Kalau gi mane2 tanya nak makan ape mesti jawab nak makan ayam goreng.

Sosej tu pulak untuk Cik Fatin. Entah sejak bile ntah suka makan sosej ni. Ni permintaan dia la ni suh beli sosej nak ibu goreng. 

Yang last tu tempura ayam. Tu pulak untuk si kecik ibu,Aqil. Dia tak kisah makan ape. Ape yang ibu makan dia pun makan tak kira la pedas pun ibu bagi gak. Nak biasakan suh dia makan pedas.

Oppsss...untuk en abang ayam panggang sori la tak de gambonye sebab belum sempat snap en abang da hentam dulu.hahaa.. Tak sabo gayanye nak makan tu.. Memang favorite dia pun.
 
 Nampak menyelerakan tak menu malam ni..? Lauk yang simple dan ringkas dimasak.



♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen ♥

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...