Khamis, 23 Mei 2013

~ Jason Bay- Pantai Tg. Sedili

Hari minggu yang lepas ibu cadang nak makan tengahari kat tepi pentai tg sedili. Tapi ibu tak cakap kat anak2 pun plan ni. En abang pun tak tahu. Bukan ape..memang sengaja tak nak cakap sebab kalau cakap awal nanti anak2 ibu asik bertanye je bile nak makan kat pantai. Bercakap dan sentiasa bercakap pasal ni.. Lagi satu kalau plan awal kang takut tak menjadi pulak. Tu yang ibu senyap2 je..masak2..siap semua ibu kemas masuk bakul ape lagi ibu pun kate " ok, siap jom kite gi pantai.." Itu punye gelagat anak2 sukanye bukan main lg. Tapi dengan syarat tak payah mandi cume main2 air je kat tepi2. Nak tengok boleh percaya ke tak ek..hehee..jom kite tengok..

Sebakul makanan da siap isi dengan 1 periuk nasi. Tengok la lauk asam peda ikan mayung memang peveret kami sekeluarga, ade sayur kobis goreng, ikan goreng dan tempe goreng vs sambal kicap. Air masak sejuk je. Sambil makan2 menikmati angin pantai memang menyelerakan.

Lepas makan mula la anak2 sibuk nak main air pantai. Mase ni kat tepi2 pantai je basah2kan kaki je..

 Haa..ni da terlebih da ni. Janji dari umah entah ke mana. Mula tu gayanye je lebih posing bukan main sikit2 mencecah air lame2 dalam diam basah da semua. Ini la Afdhal..huhuuu..

Sesekali bawe anak2 makan2 kat pantai memang seronok sangat.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen ♥

Khamis, 16 Mei 2013

~ Hadiah hari guru

16 mei 2013 adalah sempena hari guru bagi semua guru2 kat muka bumi ni. SELAMAT HARI GURU.. Oppss..bagi anak2 ibu pulak sibuk suh ibu belikan hadiah untuk cikgunye. Kak long da cakap awal2 lagi nak bagi cikgu dia hadiah nanti. Ibu tak pikir panjang memandangkan ibu pun sibuk dengan kraft ni ibu buat la ape yang terpikir kat dalam otak ni. Barang ade semua jadi la kan..hehee..


Kak long punye nak bagi guru kelasnye.

 Afdhal punye nak bagi guru kelasnye jugak.

Ini adalah antara hasil kraft yang dapat ibu buat. Simple je kan..sebagai kad ucapan khas untuk cikgunye. Buat cikgu2 yang mengajar subjek lain ibu belikan hadiah jugak tapi hadiahnye tak la seberapa mane pun. Hadiah budak2 yang bagi la katakan yek.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen ♥

~ Restoran Jom Makan

Malam hari yang lepas en abang ajak makan malam kat luar mane lagi kat Kota tinggi la. Ikutkan hati memang malas nak pegi sebab anak2 esoknye nak sekolah tak nak dorang kepenatan nanti. Memandangkan kerja sekolah anak2 da setel ibu ikutkan je. Tiba kat kota en abang tanye nak makan kat mane? Ibu pun bersuara la cer kita try makan restoran kat tepi jambatan sebelah bangunan buruk tu. Sampai kat restoran tu name restoran ni ialah Restoran Jom Makan. Sebelum ni setahu ibu dan seingat ibu restoran ni penah masuk tv tapi dalam rancangan ape ibu da tak ingat. Masuk je kedai kami oder makanan. Nak tengok ape yg kami oder..jom...

 Buku menu.

Makanan yang kami oder..siakap 3 rase, kailan ikan masin, tom yam dan sotong goreng tepung makan bersama nasi putih. Air pulak limau ais da jus oren 2.

Kak long pulak oder mee goreng dengan telur dadar.

 Habis dimakan semuanye. Nak kate memang sedap la semuanye. 
 
Kalau nak mencuba rase sila la datang ke restoran ni. Tak cube tak tahu sedap ke tak.. Si Afdhal dari mula makan sampai habis makan asik dok tido atas kerusi berbantalkan peha ibu. Ajak makan tak nak gasak la tido sampai balik umah tido. Habis makan ibu tak kemana pun. En abang ajak jalan gak cuci2 mata tapi memandangkan esok anak nak sekolah ibu kate tak payah la da lewat nanti susah nak bangun pagi.
Ok, jangan tak pegi tau ke Restoran Jom Makan.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen ♥

Selasa, 7 Mei 2013

~ Jalan-jalan Tg Balau

Assalammualaikum..sebelum becerita panjang ibu nak tanye anda sokong parti mane? 5 mei yang lepas adalah kali ke 2 ibu mengundi tempat yang same di SK Felda Sening. Tak tau la entah macam mane boleh tercampak kat situ pulak nak ikutkan alamat ic lain. Errmmm..tak kisah la kan asalkan dapat mengundi. Nak tau ibu pangkah ape..hehee..biarla rahsia.. Hahaa..
Lepas mengundi ibu cadang ajak anak2 jalan kat Tg Balau masuk muzium tengok ape yang ade kat Muzium Nelayan, Tg Balau. Tibe kat sini nak masuk mesti ade tiket. Tiket masuk hanya RM 2 seorang kalau nak masuk semua RM 4 seorang. Kami masuk semua da alang2 jejak kat sini kan masuk je la semua nak pegi lain kali nak kena amik masa yang lama. Bagi umur sebaya Adal ngan Aqil tak dikira tiket masuk.

 
Hehee..jari tercalit dakwat selepas mengundi. 

 Mase ni nak jalan masuk ke pintu Muzium. Sebelum anak2 sempat posing dulu.

Ok ni kat dalam Muzium. Banyak lagi gambonye nak tayang semua takut tak cukup forum pulak.

Lepas pegi Muzium ibu bawe anak ke taman permainan yang berhampiran. Puas la 3 beradik ni main kat taman permainan.

Bile da puas main kat taman en abang ajak jalan kat pantai balau pulak. Tengok ape yang ade kat situ. Ramai jugak orang yang berkelah kat pantai ni. Tapi dalam diam je en abang boleh sewa Baji bawak anak2nye jalan kat tepi pantai. Anak2 nye ape lagi suka la. 
 
Ni secara tak di rancang perjalanan kami kalau da plan awal2 da bawe pakaian mandi da. Ikutkan ibu memang tak suka mandi pantai bukan ape nanti baju semua penuh berpasir. Selesai je kami pun jalan pulang ke rumah. Anak2 pun seronok la..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen ♥

Jumaat, 3 Mei 2013

~ Nyanyian dari Afdhal

Jom dengo Adal nyanyi jap..hahaaa..

video

Amacam best tak lagu Adal nyanyi tu..
 

♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...