Jumaat, 25 Januari 2013

~ 7 tahun yang lepas

Dok kemas2 bilik mane barang yang tak pakai nak buang. Anak ibu si kecik pun turut same menyepahkan barang. Dalam menyepahkan barang ade pulak album lame mase ibu mengandungkan anak yang pertama di belek2 oleh si Aqil. Ibu pun tumpang sekaki tengok album tu. Dalam album tu ada pulak gambar ibu mase PERTANDINGAN IBU HAMIL. 
Nak cite kisah pertandingan ni, Ibu dapat panggilan telefon dari klinik desa biasa tempat ibu check up ngandung bahawa ibu terpilih dalam pertandingan ni. Ibu tanye misi tu macam mana pulak ibu boleh terpilih masuk pertandingan ibu hamil. Misi tu cakap ibu ni tak de kes kira rekod kad merah ibu bersih la. Maksud tak de kes tu ialah darah tinggi tak de, kencing manis tak de, kepekatan darah ok mantain je..inilah antara kes mase kita hamil nanti. Sebenarnya banyak lagi perkara yang perlu dititikberatkan..faham sendiri la yek. hehee.. Sebelum ibu beri kata putus boleh ke tak masuk pertandingan ni, ibu kena minta izin en abang dulu. Kalau kate en abang ok, boleh la. Tapi en abang ok je. Hahaa..
Dalam pertandingan ni setiap zon kena antar sorang masuk bertanding. Ibu zon Tanjung Sedili la. Banyak lagi tempat yg antar ibu2 hamil masuk bertanding. Bukan senang nak masuk bertanding mesti la ade soalan  yang dikenakan nanti. Pulak tu kat atas pentas nanti kena buat catwalk pulak tu gaya macam model. Jom kita tengok gambo2 mase ni..hehee..

 Beratur menunggu giliran nak buat catwalk. Ibu no 8 nasib baik tak first mase tu kalu tak kelam kabut gak. Boleh tengok2 dulu member buat catwalk macamne kan. Ibu bukannye pandai nak begaya atas pentas. Oppss sebelum tu, nak bagitahu baju tu ibu pinjam dari akak ipar semata2 nak bergaya sikit. Sebab baju ibu semuanya baju mengandung yg macam member sebelah ibu tu pakai. Baju yang ibu pakai ni baju Kelawar Kain Ikat. Sesuai la.. Thanks MUMMY.

Lepas buat catwalk kena jawab soalan. Nasib baik ibu dapat jawab soalan tu. Dalam hati tu da berdebar..tangan pegang mic pun menggigil.

Syukur Alhamdulillah..rezeki anak ibu dapat no 2. Belum sampai umah en abang da tepon dapat no bape.. Tak sabo la katakn ek..

Da dapat hadiah boleh bawe balik ar kan..hehee.


Sebelum tu ibu nak bagitahu mase ni ibu pegi ditemani oleh akak ipar yang no 2 (chinta).
Dia la yang ambik gambo ni semua. Thanks ye..chinta. Sampai uamh je en abang gembira la dengan kemenangan yang ibu dapat ni. Masing2 sibuk suh bukak video tape yang di ambik mase ibu bertanding. Bile tengok je ibu buat catwalk mase tu memang kelako.hahaa...


SEKIAN. 


♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen ♥

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...