
Selasa, 31 Disember 2013
~ ‘Bloglist Puterikasih.com 2014

~ Selamat Tinggal 2013
Alhamdulillah...sepanjang tahun 2013 masih diberi menikmati liku2 kehidupan yang penuh dengan dugaan dan kebahagian. Syukur padamu ya Allah. Semoga munculnye tahun 2014 esok dapat kite same2 menempuhi kehidupan dengan ketengan dan kebahagian. Amin.
Jumaat, 27 Disember 2013
~ Tazkirah Jumaat
Assalammualaikum..salam jumaat semua. Arini jumaat yang yang terkahir pada tahun 2013. Dan ibu akan mulakan sesi tazkirah blog ibu pada hari jumaat maka dengan ini ibu merasmikan tazkirah ibu pada jumaat terakhir 2013. Jumaat merupakan segala penghulu hari. Syukur padamu ya Allah aku diberi nafas sehingga ini ampunkanlah dosa2ku, ibu bapaku, suami dan anak2ku serta kaum muslimin dan muslimat di dunia ini. Sesungguhnye kau la Yang Maha Besar dan Berkuasa atas kejadian seluruh alam.
Isnin, 23 Disember 2013
~Mandi pantai Mutiara Motor
Assalammualaikum..minggu lepas jalan2 kat taman buaya. Kali ni nak mandi pantai pulak. Ikuti kisahnye...
Lepas balik dari tengok taman buaya je anak2 da tuntut nak ajak mandi pantai pulak. Maklum la aritu tak dapat join same mandi pantai same bff ibu tu. Tu yang masing2 menuntut nak mandi pantai. Ibu pun cakap la kalau nak mandi pantai tepon la tok layau ajak picnic same. Malam tepon esoknye kitorang pegi. Awal pagi khamis ibu siap2 masak kemas ape yang nak di bawa. Siap2 je atoknye pun sampai rehat jap solat terus jalan ke pantai. Pantai ni pun tak jauh la sangat dari umah ibu. Biasanye ibu bawa jalan pantai Jason Bay je tapi kali ni pantai Mutiara Motor pulak.
Sampai je terus makan2 siap makan anak2 da tak sabar nak mandi. Ermmm...nak mandi???...air surut pulak tu kotor. Tak mandi pun cume main pasir je buat suka2 kan. Seronok jugak tengok gelagat budak2 ni lagi2 dengan si kecik ibu tu dia same boleh tahan main pasir. Gerammmmmm je tengok...
Ahad, 22 Disember 2013
~ Jalan2 Taman Buaya, Teluk Sengat
Assalammualaikum. Haa..lepas selesai majlis adik ibu bertunang pada keesokkan arinye ibu bawak ank2 gi taman buaya kat teluk sengat je. Lagi pun berdekatan je dengan kampung ibu. Sebenarnye memang da lame mak ibu berjanji dengan ank2 ibu nak gi bawa jalan taman buaya cume mase tak mengizinkan. Tu yang lepas majlis selesai je mak ibu ajak gi sebab petangnye ibu da nak balik umah ibu la. Pulak tu cuti sekolah da nak berakhir lagi seminggu lebih je. Bile lagi kan nak pegi sini. Hihiii..mase ni en abang tak de sibuk dengan kerjanye tak dapat la nak join same. Jom kite tengok buaya2 kat Teluk Sengat.
~ Ciskut lagi..hihiii..
Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Arini pagi2 lagi ibu da kuarkan cheese krim dari esbok sbb nak buat ciskut. Rasenye ni da kali ke 4 ibu buat ciskut ni. Firt buat cube2 je..kali ke 2 pulak kawan ibu datang..kali ke 3 pulak adik ibu suh buat lagi katenye sedap sbb sebelum tu dia makan lebihan yang ibu buat mase kawan ibu datang tu. Tu yang adik ibu suh buat lagi tapi ibu buat kat umah mak ibu la. Dan yang kali ke 4 ni la kebetulan dalam esbok ade cheese krim ibu pun buatla. Lagi pun ciskut ni memang sedap sangat. Tu yang rajin je nak buat tambah lagi memang senang nak buatnye.
Khamis, 19 Disember 2013
~ Enggement adik
Alhamdulillah selesai sudah majlis pertunangan adik ibu pada hari ahad lepas. Majlis berjalan dengan lancar semuanye dipermudahkan olehnye. Semoga panjang jodoh hingga ke akhir hayat. Amin..
Selasa, 17 Disember 2013
~ Riuh kembali
Assalammualaikum..lamenye tak update blog kan. Memang agak busy sekali minggu ni. Mane taknye sibuk dengan persiapan adik nak bertunang ahad lepas. Alhamdulillah selesai da majlisnye tu semuanye berjalan dengan lancar. Lepas majlis ni je esoknye bawak anak2 gi taman buaya kat telok sengat. Petang tu terus balik umah tanjung sedili. Ermmm..rindunye pada anak2 sudah terubat umah pula kembali riuh rendah gelak tawa, sakat menyakat, gaduh2 budak bertiga ni. Ibu pulak same jugak suara pun terjerit sane terjerit sini dengan keletah anak2. Hahahaa.. Ok la kan..kan..kan....
Khamis, 5 Disember 2013
~ Miss u.. <3
Assalammualaikum,,, ermm..rindu rasanye kat kak long ngan abg ngah.
Ahad, 1 Disember 2013
~ Melty Hershey
Assalammualaikum..haa..akhirnye buat jugak ibu melty hershey ni. Asik dok tengok orang uplod je kat fb. Ibu pun teringin nak tau sedap ke tak ek. Bile da buat ni tak sabo pulak nak makan apatah dengan kerenah anak2 ibu lagi la tK menyabo. Ermm.. siP je terus masuk esbok beku sebab da tak sabo nak makan. Petang tu tengok da ok kot boleh makan ape lagi ibu pun makan la rase sedap ke tak kan. Uhh..boleh tahan sedap ni. Anak2 pun suka gak. Licin da 1 mangkuk.hehehee.. Ibu buat dapatla 3 mangkuk kecik je. Ade rasa macam eskrim pun ade..rasa macam kek pun ade.hehee.. Cube la buat ye.. kat sini ibu ade sertakan resepinye.
Bahan A:
250gm cheese krim
250gm whipping krim
200ml susu pekat manis
Bahan B:
Biskut marie
Coklat hershey
Utk hiasan ibu letak coklat rise dan coklat m&m je. (Ikut suke la nak letak cis parut pun boleh lg sedap.)
Cara2nye:
Mixer bahan A hingga kembang dan pekat
Kemudian ambil 1 senduk adunan A td masukkn ke dlm bekas.
Kemudian masukkn biskut marie yg dipatah2kan susun di atasnye.
Pas tu curahkan coklat hershey di atas biskut td
Buat secara berulang2 hingga abis
Boleh hiaskan dengan coklat rise dan coklat m&m
Siap..simpan dalam esbok biarkn sejuk baru sedap makan.hehee..nyumm..nyumm..nyummmyyy...
~ Puding Roti
Assalammualaikum.. pagi2 lagi ibu da buat puding roti. Menjadi pulak tu..hehee. Rasenye pun sedap jugak anak2 pun suka makan. Nak tau sedap ke cer la buat yek.
Bahan:
18gm agar
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan gula
2 cawan air
Secubit garam
3 keping roti gardenia
Caranye:
Masakkn agar dengan 2 cwn air tadi hingga larut.
Blender roti + gula + garam + susu cair
Kemudian masukkn ke dalam agar2 td.
Kacau hingga sebati. Klu nk warna warni boleh asingkn buat 2 bahagian. 1 original dan 1 lagi warna pink.
Pastu masukkn yg ori dulu kemudia curahkn warna pink di atasnye.
Ok, siap biarkn sejuk baru leh makan.
Ahad, 24 November 2013
~Aiskrim vanila coklat
Assalammualaikum.. Lame da ibu buat eskrim ni. Buat yang pertama kat umah mak ibu da habis da pun. Balik umah buat lagi tapi kali ni lebih sedap rasenye. Nak cube buat tak..? Jom tengok resepi ni pasti akan buat punye sebab bahan2nye pun senang je.
Bahan2:
-2 cawan susu full cream dutch lady
-1/2 cawan susu pekat manis
-1 susu ovelette
-1 sudu esen vanila
-1 biji telur
- coklat hershey
- coklat rise untuk hiasan
Cara2nye:
- campurkan semua bahan kecuali coklat hershey mixer hingga kembang sampai pekat.
- kemudian asingkn 2 bahagian 1 perasa vanila dan 1 lagi letakkn coklat hershey.
- isikan dalam mangkuk secara berselang seli kan vanila kemudian coklat sehingga habis.
- boleh hiaskn dengan coklat rise taburkn atasnye.
- ok siap boleh simpan dalam esbok beku. Da keras boleh nyumm..nyumm..nyummmyyyy...
~ Akhirnya tercapai jugak
Assalammualaikum.. yeay dapat jugak ibu beli mesin jahit tepi tudung ni. Niat memang da lame nak beli tapi bak kate pepatah "no money no talk" kan hehehee.. Bukan ape senang kalau da ade sendiri mesin jahit tepi ni nak jahit tepi kain ape pun boleh. Bolehla ibu buat shawl untuk pakai sendiri je nanti.
Jumaat, 22 November 2013
~ Hari Konvo Afdhal
Alhamdulillah..selesai sudah majlis konvo akhir persekolahan Afdhal dan Fatin pd hari khamis yg lalu. Diam tak diam tahun depan anak2 ibu da semakin membesar da kan. Si kak long da naik tahun 2 manakala si abg ngah da pra 6.
~ First time dapat hadiah GA
Ha..ha..haaa...rezeki ibu menang GA untuk kali pertama. Sebelum ni ada jugak join mane2 GA tapi tak de rezeki nak dapat hadiah la kan. Tak pe..hihii. Oppss..hadiah yang ibu dapat ni sekuntum brooch ros. Ok la kan. Yang paling bestnye tu wane ros tu wane biru tu. I like it memang peberet kale ibu macam tau2 je kan. Nak tengok tak..jom tengok.
Rabu, 20 November 2013
~ Family day FIL
Assalammualaikum.. tibe la hari yg di rancang2 di tunggu sudah pun selesai dengan jayanye Family day Family In Law (FIL) di loksai Pantai Pasir Lanun, Penyabung, Mersing. Perjalanan bermula pada hari jumaat petang last cuti sek bermula. Sampai sane da agak malam tak nampak ape yang bestnye la kan. Maklum la malam cahaya lampu pun kurang memuaskan. Check in bilik siap2 je mulakan operasi membabiekiu pulak. Masing2 bawak yang suda di rancang, ibu bawak ayam kampung ngan tomyam campur. Tapi ayam tu ibu perap sendiri la campur sikit dgn ayam bando yg dibeli oleh adik2 ipo. Haa..adejugak yang bawak kambing perap, kerang, ikan, udang serta lauk2 dan nasi yg siap dimasak dari umah. Sambil memanggang santai2 sambil tu la makan2.hehee..best kan. Pulak tu makan dengan deruan ombak tepi pantai tu. Budak2 pulak da tak sabo nak mandi esok pagi. Ingatkn lepas makan2 tu nak buat acara cabutan hadiah bertuah. Tapi ade yang da kepenatan tido da..maka berlangsung esok harinye. Hadiah bertuah ni dari 1 family 1 hadiah manakala untuk budak2 pulak 1 orang 1 hadiah. Nanti masing2 cabut la no sape naik dapatla hadiah tu.hehee..buat suka2 je. Memang sernok...
Rabu, 13 November 2013
~ Tempahan Sarung Bantal Baby
Assalammualaikum semua..ermmm ibu baru je siapkan sarung bantal baby 1 set dari tempahan akak ipo. Bahan sepeti kain, bantal ngan tilam semuanye disediakan oleh akak ipo ibu. Ibu ni cume jahit je sarungnye tu. Ibu amik tempahan 1 bantal rm5 je untuk baby la. Murah ke mahal ek..? Kalau rase mahal sekarang barang pun semua da naik harga kan. Tapi dengan harga ni ibu rase berpatutan la kan.hehee.. Ade yang berminat nak anto tempah ke..? Kalau berminat boleh email ibu kat kotak Fb tu ea. Ibu ni pun ambik tempahan tak selalu la cume wat kerja sambilan je. Ok la ek..hihiii..
Ahad, 10 November 2013
~ CheeseKut
Hai..semalam ibu ade buat cheesekut. Tak tau pulak sekarang sana sini situ da sibuk dengan buat cheesekut ni. Ibu buat ni pun my bff yang bagitau dia ade resepi baru. Ibu pun try la buat. Jom tengok ciskut ibu ni. Hehee..
Sabtu, 9 November 2013
~ Cekodok Ketam
Assalammualaikum...arini ibu nak kongsi resepi sarapan cekodok ketam yang ibu buat pagi tadi. Resepi ni ibu dapat tau dari my bff la.hehee.. Da lame teringin nak wat tapi isi ketam tak beli2 lagi. Haa..arini isi ketam da ade ibu pun buat la. Jom tengok ea..
Rabu, 6 November 2013
~ 33 Days Lucky Draw Birthday Giveaway by AtienStory

~ Peluang Buat Duit Dengan TuneTalk
Assalammualaikum,,
Ni peluang besar yang saya baru dapat. Orang top up prepaid kita dapat
komisyen hingga 20%. Ni bukan program jual prepaid macam mymode
atau mastereload.
Ni cuma ajak orang tukar line (telco) prepaid, no lama boleh dikekalkan.
Lepas tu setiap kali mereka top up, kita dapat komisyen sampai
bila-bila selagi mereka gunakan prepaid tunetalk tu.
TuneTalk ni anak syarikat AirAsia. Syarikat bukan saja kukuh malah
sangat hebat dalam mengembangkan perniagaan. Jom kita buat duit dengan
program referal ni.
Boleh daftar PERCUMA dulu di laman web di bawah:
SINI
Salam Usahawan
--
MARLINA SAHAR
Isnin, 28 Oktober 2013
~ Hasil dari TTTE
Sabtu, 26 Oktober 2013
~ Majlis sebelah lelaki
Semalam adalah majlis menyambut sebelah lelaki pulak. Diam tak diam sekejap je mase berlalu. Habis da episod kawin ni..hehee.
~ Reddelima Giveaway Part 1 by Dunia sebenar Shida
Assalamualaikum, peace upon you.
Dengan ini shida wakil dari www.reddelima.com menganjurkan Reddelima Giveaway Part 1 by Dunia sebenar Shida yang akan berjalan selama 2 minggu bermula hari ini 15.10.2013 bersamaan Hari Raya Aidiladha dan akan tamat pada 29.10.2013. Pengumuman pemenang akan diumumkan selepas Part 2 Giveaway dijalankan pada 30.10.2013 dan akan tamat 12.11.2013 (2 weeks). Shida berharap GA ini akan mendapat sambutan dan meriah seperti GA sebelum ni. Inshaa Allah. Kita tengok syarat-syarat wajib korang kena follow :
syarat-syarat wajib :
- Like dan Add Facebook Sponsors :
- Like dan Follow Blog Shida :
- Buat satu entri bertajuk : Reddelima Giveaway Part 1 by Dunia sebenar Shida
- Copy dan paste kod dalam entri korang
- Submit link entri dekat komen entri Giveaway ini