Rabu, 17 Ogos 2016

# Aidilfitri 2016

Assalamualaikum..ibu kembali berblog semula dengan merayakan Aidilfitri 2016. Tahun ni ibu beraya berenam sebab tahun ni juga ibu lahirkn si cilik. Bahagianye rase..hehee. Alhamdulillah..

 


Amin..sekian.

♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen ♥

Khamis, 24 Mac 2016

# Opening 2016

Assalammualaikum.

Lamenye tak berblog kan hampir 2 tahun tak meng'update' blog. Aduhai..banyak kisah cerita ibu yang tertinggal tak dapat nak diceritakan. In sha Allah lepas ni kalau ade kelapangan mase ibu akan berkongsi cerita pada anda semua ok. 
Alamak!!! baru nak pot pet si kecil da merengek pulak. Da macam mane..

Ok,bye..si kecil da memanggil2 nak menyusu.



♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen ♥

Khamis, 9 Oktober 2014

~ Instant shawl Customade

Assalammualaikum..

Tempahan dari kastemer instant shawl.
Mudah dibentuk dan digayakan.
Hanye perlu pin di kiri kanan bahu sahaje.
Untuk mencantikkan lagi anda boleh letak hiasan pin bunga di tepi lilitan akhir shawl.
Keistemewaan instant shawl ni ialah siap jahit tengah sarung je dan pakai.
Tak perlu nak lilit bagai.
Mudah dan senang kan.


Material chiffon gorgette
Warna boleh pilih sendiri.
Harga sehelai RM 35.00
+
Wang pos RM 8.00

Untuk tempahan hubungi 
SMS @ Whatapps
019-7721044.

*Oder lebih dari 3 helai FREE wang pos.*

Sekian, terima kasih.

♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen ♥

Rabu, 8 Oktober 2014

~ Tak dapat honda jazz "Ni" pun ok

Assalammualaikum..

Alhamdulillah..tanpa di duga en suami belikan ibu sebuah kereta. Kereta keluaran terbaru iaitu AXIA. Ikutkan hati ni memang da lame teringin kereta Honda Jazz. Sesuai kan kalau wanita yang memandunye apatah lagi ibu..heheheee..(perasan kejap). Tapi tak la begitu mengharapkan sangat dengan kereta baru ni sebab ibu memang da mempunyai kereta sendiri pemberian mak ibu sendiri sejak mula belum berkahwin lagi. Kancil ni la satu-satunya harta yang ibu ade. Sayang tau nak track in. Ramai yg bertanye "tak nak jual ke kancil tu..klu nak jual aku nak beli." Hehee..ibu pesan kat en suami kancil ibu ni jangan jual walau da buruk sekali pun. Kenangan pemberian dari mak ibu. Walaupun ia nampak kecik tapi amat berharga.

Oppss..tetiba suatu hari tu en suami bawa ibu tengok kereta keluaran terbaru. Rupa2nye dalam diam dia nak belikan kereta untuk ibu. Da puas tengok2 en suami tanye la wane pe cantik..ibu jawab kuning nampak cantik kalau si ibu yg drive. Hahahaa.. Dalam beberapa minggu tu tanye lagi klu beli nak plat no pe lak? Ibu pun jawab no ni .... la sebab no plat kereta yang ade ni pun asik same je ape kate buat plat kereta no khas untuk ibu. Hahahaa... Selang seminggu je en suamai kate ok da setel semua jom kite booking eh, macam tak caye je kan.(dalam hati tu suka giler). Setel booking  tengah keputusan loan.. dlm 3 hari loan lulus tunggu kereta keluar je. Hehehee..syukur Alhamdulillah terimakasih ye abang belikan ibu kereta baru walau pun nampak kecik tak semahal honda jazz amat ibu hargai. 

Axia ni pun en suami belikan katenye senang ibu nak balik kampung..nak ke mane2..drive sendiri je. Mane taknye kancil ibu tu nak bawa ke kebun lada hulu hilir dengan kancil kecik senang. Pandai kan en suami ibu ni ade kira2 rupanye patut la ek..huhuu..sabo je la. Ibu tak kisah pun selama ni kancil ibu ni la ibu ke hulu ke hilir dengan anak2. Da orang nak belikan kite amik je la kan. Rezeki jangan di tolak. Syukur..

Jom tengok pilihan warna AXIA yang ibu beerkenan.

Haaa..kuning la jadi pilihan hati. Hehee.

Sekian.


♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen ♥

Jumaat, 3 Oktober 2014

~ Bawal Chiffon

Assalammualaikum..

Collection terbaru dari ibu TUDUNG BAWAL CHIFFON. -Aifaa Collection.


Senang dibentuk boleh dipelbagaikan gaya.
Citarasa mengikut saiz bidang di bawah:

Bidang 35" - Rm 20. Sesuai untuk kanak2.
Bidang 40" - Rm 30
Bidang 45" - Rm 35
Bidang 50" - Rm 40
+
Wang pos Rm 6.

Beli lebih dari 3 helai wang pos FREE.

Ape lagi jom shopping. Mane yg teringin nak sepasang dengan anak2 boleh la ye.

Untuk tempahan :
SMS @ What apps 019-7721044


♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...