Jumaat, 19 April 2013

~ Donut jadi Bom lak..

Pagi ni lepas anak2 pegi sek je tak sampai 5 minit tetibe tak de karen. Hp pulak kehabisan batery. Biasenye setiap hari lepas anak2 pegi sek ibu on tv 9 dari jam 7.30 pg hingga 11.30 pg menonton tv sambil mengemas umah dan sambil melayan kerenah si kecik ibu. Tapi arini karen tak de ibu pun ambil kputusan nak adun kuih donut. Kesian la si kecik ibu ni tak de makanan nak mengunyah. Ibu pun adun la..

 
Ni adunan yg da siap di bentuk menjadi bom. Versi lain la pulak sebab malas nak guna acuan donut tapi resepi tetap resepi donut ye. 

Ni pulak adunan yg da naik semambak berhimpit2 gitu..hehee. Da boleh goreng la.. 
 
 Ha..da siap goreng. Tabur gula icing da boleh makan.


Ok kat sini ibu ade salinkan resepi donut. 
Bahan2:
2 cawan tepung gandum
1/3 cawan susu segar @ air masak
1 sudu marjerin
1/2 sudu garam 
2 sudu besar gula pasir
1 biji telur
*bahan2 di atas ni dikisar ataupun boleh digaul dalam satu mangkuk je*
1/2 sudu yis mauripan dibancuh dengan 1/4 air suam
1 sudu besar ovelette

Cara2nye:
Apabile bahan yang dikisar tadi sudah dikisar masukkan kedalam tepung dan gaul hingga sebati.
Kemudian masukkan yis dan ovelette.
Uli hingga menjadi doh jika lembik boleh tambahkan tepung gandum sedikit demi sedikit.
Apabila siap menjadi doh boleh bentukkan dengan acuan donut.
Susun di atas dulang yang telah disapukan dengan sedikit minyak supaya tidak melekat.
Biarkan hingga naik @ kembang dalam beberapa minit.
Apabila da kembang boleh goreng dengan api yang sederhana takut hangus nant isi dalam kurang masak dan mentah.
Siap di goreng boleh taburkan dengan gula icing. (ibu gune gula icing je tak payah nak susah blender gula pasir) Senang je..

Ok siap da salin resepi. Ade yang same tak dengan resepi kalian. Ibu da banyak kali buat donut ni. Nak dibandingkan dengan tepung donut segera dengan resepi ni. Ibu rasa resepi ibu lebih sedap kot. hehee.. 

SELAMAT MENCUBA!
      
 Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen ♥

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...