Isnin, 17 Disember 2012

~ Crepe Durian


Wow! crepe durian la..mesti sedap kan..hehee... Sebenarnya tekak ibu ni teringin nak makan crep durian. Nak beli kat kedai tak de pulak jual. Nak beli kat intenet jauh sangat takkan nak di pos pulak kan, belum sampai umah crepe da penyek..huhuu.. Nak tak nak ibu buat sendiri je.. resepinye mintak kat mummy (akak ipar). Ringkas je bahannye pun tak banyak kalau tengok kat intenet mcm2 bahan yg diguna. Bahan banyak ke..bahan sikit ke..yang paling penting sedap! hehee.. Jom kite tengok bahan yang ibu guna ok.

Bahan-bahannye:
250 gm tepung gandum
500 ml santan @ susu segar
1 sudu kecil tepung ubi
2 biji telur
2 sudu besar gula halus
1 sudu besar butter dicairkan
1/2 sudu garam
sedikit pewarna yg dibenarkan

**campur kesemua bahan masukkan santan sedikit demi sedikit
** ibu guna blender je terus cepat halus tak perlu ditapis lagi

Bahan filling:
200 gm non dairy whipping creame
** putar hingga kental
 isi durian secukupnye.

Cara-caranye:
** panaskan pan @ kuali leper dengan api yg sederhana
** masukkan 1 senduk kecil adunan tepung td dalam pan leperkan sampai nipis
** apabila da masak isi whipping cream kemudian isi durian secara berselang-seli
** kemudian lipat ikut suka hati
** siap..kalau nak sedap masukkan dalam peti ais biar sejuk.  
hasil crepe yang dapat ibu sediakan

 crepe durian yang telah disejukkan siap untuk dimakan..nyumm..nyumm..

Anda bile lagi..bole la buat ye. 

SELAMAT MENCUBA!


♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen ♥

2 ulasan:

  1. Users need technical support when he is in sort of confusion or doesn’t have any solutions to deal with the queries. Binance customer support is a team of a group of experts who know all the nitty-gritty of the Binance and can remove all the techni glitches from your account in a jiffy. You just have to dial Binance support phone number 1-800-665-6722 and get out-of-the-box solutions accordingly. They are available round the clock to provide optimum technical services to the users.
    Visit For More Detail-: https://www.cryptophonesupport.com/exchange/binance/

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...