Selasa, 18 Disember 2012

~ Setel beli barang sek

Sekejap je mase berlalu kan lagi lebih kurang dalam 2 minggu je da mula alam persekolahan. Tahun depan 2013 anak ibu tambah lagi sorang yang nak mula sekolah bermakna da 2 orang la yang bersekolah nanti. Cik Fatin haziqah tahun depan naik darjah 1 sek kebangsaan dan sebelah petang pulak da mula masuk ke sekolah agama. Kesian la mesti penat kan..da la balik dr sek keb pukul 1 ptg. Tak sempat nak rehat da kena pergi sek agama pulak. Manakala Muhammad Afdhal da mula sek Pra. Entah la..macam mane la agaknye nanti jangan nangis sudah la. Ibu pula da mula dengan tugas nak anta amik anak2 pegi balik sek. Fuhh! belum apa2 da terasa penat..hihiii... bayangkan pagi anta pukul 7, tu x kesah la sbb masa pegi tu sama2. Afdhal balik sek jam 11.30 pg nak kena amik, Fatin balik sek jam 1.00 ptg nak kena amik lg. Rehat jap..kul 2.00 ptg nak kena anta Fatin pegi sek agama, balik sek jam 6 ptg nak kena amik lagi. Huhh!! Penat tu...apakan daya da tanggungjawab ibu kan tp kalau en abang tak keja dia boleh tolong amik..hehee..
Cite pasal sekolah ni barang2 sekolah da beli ke belum? Ibu da setel da beli barang2 sek untuk 2 beradik ni. Cume uniform Afdhal beli dengan cikgu je. Awal tahun juz nak bayar yuran sek. Setel semua tak payah nak pikir2 lagi. Beli awal senang tak la kelam kabut sangat kan.

 ni barang2 sek untuk Cik Fatin Haziqah. Alatulis da masuk dalam beg. Ni termasuk barang sek agama sekali. Baju sek 2 pasang, tudung 2 pasang, anak tudung 2 pasang, stokin sepasang dan kasut sek sepasang. Kasut sek je sepasang sbb kasut tahun lepas boleh pakai lg. Ibu beli 2 pasang ni sbb boleh bertukar ganti pakai. Ok, kak long sek rajin2 rajin2 tau, semoga menjadi anak yg solehah dan berjaya dunia akhirat. Amin..

 Ha..ni pulak barang2 sek Afdhal. Bile suh pilih beg mane yg Afdhal nak? Beg agry bird yg boleh tarik2 kat belakang. Perasan tak beg tu ade tarik kat belakangnye..hehee. Alatulis da masuk dlm beg, kasut sek 2 pasang dan stokin 2 pasang. Uniform sek beli kat cikgu. Pra sek ni barang tak banyak sangat nak kena beli. Setel barang Afdhal..sekolah pandai ye Afdhal semoga menjadi anak soleh da berjaya dunia akhirat. Amin..

Kak long dengan abg ngah da pegi sek tinggal la ibu dengan Aqil kat umah. Nampak gayanye abg ngah memang selalu kena tinggal la ibu pegi kota ngan Aqil je..hehee..(same mcm akak tahun lepas). Tak pe balik kota ibu belikan jajan untuk abg ngah yek.

GOOD LUCK ANAK2 IBU SAYANG! 


♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen ♥

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...