Selasa, 7 Mei 2013

~ Jalan-jalan Tg Balau

Assalammualaikum..sebelum becerita panjang ibu nak tanye anda sokong parti mane? 5 mei yang lepas adalah kali ke 2 ibu mengundi tempat yang same di SK Felda Sening. Tak tau la entah macam mane boleh tercampak kat situ pulak nak ikutkan alamat ic lain. Errmmm..tak kisah la kan asalkan dapat mengundi. Nak tau ibu pangkah ape..hehee..biarla rahsia.. Hahaa..
Lepas mengundi ibu cadang ajak anak2 jalan kat Tg Balau masuk muzium tengok ape yang ade kat Muzium Nelayan, Tg Balau. Tibe kat sini nak masuk mesti ade tiket. Tiket masuk hanya RM 2 seorang kalau nak masuk semua RM 4 seorang. Kami masuk semua da alang2 jejak kat sini kan masuk je la semua nak pegi lain kali nak kena amik masa yang lama. Bagi umur sebaya Adal ngan Aqil tak dikira tiket masuk.

 
Hehee..jari tercalit dakwat selepas mengundi. 

 Mase ni nak jalan masuk ke pintu Muzium. Sebelum anak2 sempat posing dulu.

Ok ni kat dalam Muzium. Banyak lagi gambonye nak tayang semua takut tak cukup forum pulak.

Lepas pegi Muzium ibu bawe anak ke taman permainan yang berhampiran. Puas la 3 beradik ni main kat taman permainan.

Bile da puas main kat taman en abang ajak jalan kat pantai balau pulak. Tengok ape yang ade kat situ. Ramai jugak orang yang berkelah kat pantai ni. Tapi dalam diam je en abang boleh sewa Baji bawak anak2nye jalan kat tepi pantai. Anak2 nye ape lagi suka la. 
 
Ni secara tak di rancang perjalanan kami kalau da plan awal2 da bawe pakaian mandi da. Ikutkan ibu memang tak suka mandi pantai bukan ape nanti baju semua penuh berpasir. Selesai je kami pun jalan pulang ke rumah. Anak2 pun seronok la..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen ♥

2 ulasan:

  1. Dah lama tak pegi balau..;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. pegi ni pun tak drancang. Plan aritu nak jalan bndar penawar je tp tengok2 xde pe tu yg terus ke tg balau.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...