Ahad, 24 November 2013

~Aiskrim vanila coklat

Assalammualaikum.. Lame da ibu buat eskrim ni. Buat yang pertama kat umah mak ibu da habis da pun. Balik umah buat lagi tapi kali ni lebih sedap rasenye. Nak cube buat tak..? Jom tengok resepi ni pasti akan buat punye sebab bahan2nye pun senang je.

Bahan2:
-2 cawan susu full cream dutch lady
-1/2 cawan susu pekat manis
-1 susu ovelette
-1 sudu esen vanila
-1 biji telur
- coklat hershey
- coklat rise untuk hiasan

Cara2nye:
- campurkan semua bahan kecuali coklat hershey mixer hingga kembang sampai pekat.
- kemudian asingkn 2 bahagian 1 perasa vanila dan 1 lagi letakkn coklat hershey.
- isikan dalam mangkuk secara berselang seli kan vanila kemudian coklat sehingga habis.
- boleh hiaskn dengan coklat rise taburkn atasnye.
- ok siap boleh simpan dalam esbok beku. Da keras boleh nyumm..nyumm..nyummmyyyy...

Ini la hasilnye dapat 4 mangkuk. Mangkuk yang besar panjang tu da separuh ibu makan. Hehee..Sedap tau.

SELAMAT MENCUBE.


♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen ♥

~ Akhirnya tercapai jugak

Assalammualaikum.. yeay dapat jugak ibu beli mesin jahit tepi tudung ni. Niat memang da lame nak beli tapi bak kate pepatah "no money no talk" kan hehehee.. Bukan ape senang kalau da ade sendiri mesin jahit tepi ni nak jahit tepi kain ape pun boleh. Bolehla ibu buat shawl untuk pakai sendiri je nanti.

Inila rupa mesin jahit tepi tudung.

Sangat berpuas hati dengan mesin jahit ni.hihii..

Lepas ni boleh la ibu buat tudung sendiri kan. Akan ibu cube buat dan tunggu ye hasilnye.


♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen ♥

Jumaat, 22 November 2013

~ Hari Konvo Afdhal

Alhamdulillah..selesai sudah majlis konvo akhir persekolahan Afdhal dan Fatin pd hari khamis yg lalu. Diam tak diam tahun depan anak2 ibu da semakin membesar da kan. Si kak long da naik tahun 2 manakala si abg ngah da pra 6.

Kad aturcara majlis.

Posing dulu dalam kelas sebelum ambil ijazah.Hihiii..

Begambo bersame2 rakan2 sekelas.

Ni pulak kak long bersama rakan2 sekelasnye. Sempat lagi nak begambo ek.

Alhamdulillah..selesai sudah. 
Amin.


♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen ♥

~ First time dapat hadiah GA

Ha..ha..haaa...rezeki ibu menang GA untuk kali pertama. Sebelum ni ada jugak join mane2 GA tapi tak de rezeki nak dapat hadiah la kan. Tak pe..hihii. Oppss..hadiah yang ibu dapat ni sekuntum brooch ros. Ok la kan. Yang paling bestnye tu wane ros tu wane biru tu. I like it memang peberet kale ibu macam tau2 je kan. Nak tengok tak..jom tengok.

Cantik kan wane biru ni. Thanks....ibu suke sangat.

*Oppsss...ibu minta maaf la sbb tak dapat nak buat link atas name GA yang ibu menang tu sebab ade masalah teknikal sikit.*
SORRYYYY...



♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen ♥

Rabu, 20 November 2013

~ Family day FIL

Assalammualaikum.. tibe la hari yg di rancang2 di tunggu sudah pun selesai dengan jayanye Family day Family In Law (FIL) di loksai Pantai Pasir Lanun, Penyabung, Mersing. Perjalanan bermula pada hari jumaat petang last cuti sek bermula. Sampai sane da agak malam tak nampak ape yang bestnye la kan. Maklum la malam cahaya lampu pun kurang memuaskan. Check in bilik siap2 je mulakan operasi membabiekiu pulak. Masing2 bawak yang suda di rancang, ibu bawak ayam kampung ngan tomyam campur. Tapi ayam tu ibu perap sendiri la campur sikit dgn ayam bando yg dibeli oleh adik2 ipo. Haa..adejugak yang bawak kambing perap, kerang, ikan, udang serta lauk2 dan nasi yg siap dimasak dari umah. Sambil memanggang santai2 sambil tu la makan2.hehee..best kan. Pulak tu makan dengan deruan ombak tepi pantai tu. Budak2 pulak da tak sabo nak mandi esok pagi. Ingatkn lepas makan2 tu nak buat acara cabutan hadiah bertuah. Tapi ade yang da kepenatan tido da..maka berlangsung esok harinye. Hadiah bertuah ni dari 1 family 1 hadiah manakala untuk budak2 pulak 1 orang 1 hadiah. Nanti masing2 cabut la no sape naik dapatla hadiah tu.hehee..buat suka2 je. Memang sernok...

Da pagi baru nampak suasana pantai di sini. Pagi2 lagi kami da mandi pantai.

Lepas mandi siap2 sarapan baru buat cabutan bertuah. Ni cabutan hadiah dari 1 family ke 1 family.

Ni acara cabutan hadiah dari budak2. Seronok dorang masing2 dapat hadiah sorang satu.

Sebelum check out amik gambo dulu.hehee..

Selesai sudah family day untuk kali ni. Insya'allah ade rezki panjang umo tahun depan pulak. Oppss..tak sempat nak amik gambo mase makan2 tu. Hihii..

♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen ♥

Rabu, 13 November 2013

~ Tempahan Sarung Bantal Baby

Assalammualaikum semua..ermmm ibu baru je siapkan sarung bantal baby 1 set dari tempahan akak ipo. Bahan sepeti kain, bantal ngan tilam semuanye disediakan oleh akak ipo ibu. Ibu ni cume jahit je sarungnye tu. Ibu amik tempahan 1 bantal rm5 je untuk baby la. Murah ke mahal ek..? Kalau rase mahal sekarang barang pun semua da naik harga kan. Tapi dengan harga ni ibu rase berpatutan la kan.hehee.. Ade yang berminat nak anto tempah ke..? Kalau berminat boleh email ibu kat kotak Fb tu ea.  Ibu ni pun ambik tempahan tak selalu la cume wat kerja sambilan je. Ok la ek..hihiii..

Siap da..suke tak mummy? Hehee..

Ni sarung khas dari ibu untuk mummy. Bantal tu pulak dari mama sara ye.

Ok, da setel semuanye. 

♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen ♥

Ahad, 10 November 2013

~ CheeseKut

Hai..semalam ibu ade buat cheesekut. Tak tau pulak sekarang sana sini situ da sibuk dengan buat cheesekut ni. Ibu buat ni pun my bff yang bagitau dia ade resepi baru. Ibu pun try la buat. Jom tengok ciskut ibu ni. Hehee..

Biskut yang disusun rapi dengan berselang-selikan lapisan cheese.

Lapisan atas sekali cheese. Siap..simpan dlm peti ais biarkn sejuk baru sedap makan.

Ok, da boleh potong dan ngap la. Hehehee...

Oppsss..sorry ye ibu tak sempat nak taip bahan2 dan cara2nye nak buat cheesekut ni. Hehee..kan boleh google je resepi tu.
Selamat Mencuba.


♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen ♥

Sabtu, 9 November 2013

~ Cekodok Ketam

Assalammualaikum...arini ibu nak kongsi resepi sarapan cekodok ketam yang ibu buat pagi tadi. Resepi ni ibu dapat tau dari my bff la.hehee.. Da lame teringin nak wat tapi isi ketam tak beli2 lagi. Haa..arini isi ketam da ade ibu pun buat la. Jom tengok ea..

Inila rupe isi ketam yang siap dipotong2.

Adunan tepung gandum + sedikit garam + air putih + isi ketam. Siap da nk goreng je.

Ok, siap digoreng boleh makan. Kebetulan semalam ibu masak asam peda ikan mayung jadi arini ibu wat cicah bersama cekodok ketam. Pehh..memang sedap tau. Cube la buat yek.heheehee...

Haaa..tengok anak ibu ni Aqil pun suka makan cekodok ni. Habis 1..mintak lagi. Tau dia cakap "agiii...agiiii.." hehee.. Suke tengok dia makan berselera sungguh. 

Amin..habis semua. Kenyang da Alhamdulillah..


♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen ♥

Rabu, 6 November 2013

~ 33 Days Lucky Draw Birthday Giveaway by AtienStory


Hai my bff..aku pun nak turut serta GA ko ni. Sempena bulan besday ko ni aku nak ucapkan SELAMAT HARI LAHIR YG KE 33 TAHUN. SEMOGA DIPANJANGKAN USIA SERTA DIMURAHKAN REZEKI. DAN SEMOGA BAHAGIA DISAMPING ORANG2 YG TERSAYANG. AMIN.. I LOVE U.

Dan tak lupa juga untuk mak ko. Arini kan besday mak. 
SELAMAT HARI LAHIR MAK. SEMOGA PANJANG UMUR DAN SIHAT SELALU.

Ucapan ni khas untuk my bff sempena bulan besday dia. Ibu harap dia happy2 je. hehee.. Suke tak??



♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen ♥

~ Peluang Buat Duit Dengan TuneTalk



 Peluang Buat Duit Dengan TuneTalk

Assalammualaikum,,

Ni peluang besar yang saya baru dapat. Orang top up prepaid kita dapat
komisyen hingga 20%. Ni bukan program jual prepaid macam mymode
atau mastereload.

Ni cuma ajak orang tukar line (telco) prepaid, no lama boleh dikekalkan.
Lepas tu setiap kali mereka top up, kita dapat komisyen sampai
bila-bila selagi mereka gunakan prepaid tunetalk tu.

TuneTalk ni anak syarikat AirAsia. Syarikat bukan saja kukuh malah
sangat hebat dalam mengembangkan perniagaan. Jom kita buat duit dengan
program referal ni.

Boleh daftar PERCUMA dulu di laman web di bawah:

SINI

Salam Usahawan

--
MARLINA SAHAR


♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...