Jumaat, 26 April 2013

~ Ketam Bangkang

Assalammualaikum. Arini hajat di hati nak makan ketam bangkang tertunai. Nak dapatkan ketam bangkang ni punye la payah sampaikan ibu kena oder dulu baru ade. Ibu ni ade la pesan kat mak cik ibu belikan ketam bangkang lame jugak tu nak dapat. Agak hampir 2 minggu lebih baru dapat. Itupun ketamnye kecik2. Tak pe la kan asalkan dapat merasa makan nanti kempunan pulak. Malam semalam ibu bekejar mase ke rumah mak cik ibu kat kota nak amik ketam bangkang punye pasal. Yeay..arini ibu masak ketam bangkang masak lemak cili api.

Ini bahan untuk di masak. Ketam Bangkang yang telah siap disiang dan bahan2 untuk diblender.
 
Ok, da siap masak. Senang je masak lemak cili api ni. Yang ni kalau bab kuah en abang memang suka pekat je kalau tak memang konfem kena komplen. Ibu memang tak bape suka sangat pekat2 tapi nak wat camne kan telinga tak tahan asik kena komplen nanti.
 
Habis untuk harini ibu masak. Semangkuk memang wajib bagi umah mak mertua. selebihnye kat umah ibu la. Da lame tak makan ketam bangkang sekali masak amik kau ha..licin. Hahaahaa..
 
MABELES!! 



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen ♥

Isnin, 22 April 2013

~ Shopping time..

Ok ni sambungan lepas makan Mc d. Alhamdulillah selesai makan kami terus ke Giant Hypermarket, Plentong. Tibe kat giant terus mencari barang keperluan anak2. First sekali kak long ngan abg ngah da pilih beg sekolah masing2. Bile dipikirkan sekolah baru 4 bulan beg sekolah da beli lagi. Mane taknye beg sekolah kak long zip memang lost habis da tak boleh nak betul lagi. Sebelum ni lost2 bile dibetulkan masih boleh pakai ni da rosak terus tak boleh diperbaiki lagi. Yang abang ngah pulak nampak kakaknye beli beg sibuk nak jugak terpaksala ayahnye turutkan kalau tak mau satu giant dengar afhdal azan(menangis).hehee.. Lepas setel beli beg ibu round2 dapatla beli tuala 2 helai teringat pulak tuala kat umah da lusuh sangat. Lepas tu en abang gi bawe pulak anak2 tengok kolam mandi. Anak2 ni apa lagi memang la suka je. Pilih la satu yg murah je asal muat untuk 3 beradik ni sudahla. Kemudian jalan lagi cari keperluan dapur, susu Aqil paling penting sekali. Sekali beli 2 kotak buat stok kat umah.hehee.. Setel semuanye..bayar. Sekali kira hampir mencecah RM ???? Selesai bayar. Jalan2 masuk pulak ke Nagoya. Kat sini ade jual kain langsir dengan kain ela yang pelbagai wane dan corak. Harga pun berpatutan. Nak dibandingkan beli kat kedai biasa harga 2 kali ganda dengan harga nagoya ni. Bayangankan la kalau semeter 7 rgt kat nagoya kalau da kat kedai biasa kali kan la..memang jauh berbeza kan. Ibu dapatla beli kain ela untuk raya tahun ni. Siap beli da tinggal nak anta tempah je. 

 
Budak 2 beradik ni mesti kena duk dalam troli kalau tak habis 1 giant di tawaf.

 
En abang duk sibuk membelek kolam mandi tuk anak2nye. Layankan je..

 
 Sibuk nak naik kerusi urut. Sekali kena urut terus tak nak turun. Huuhh..sedapnye kena urut.

 
 Ni kat dalam nagoya. Memang rambang mata jadinye kalau tube kat sini.

Kain ela bercorak tu untuk ibu dengan anak dara cik kak fatin sepasang. Yang plain wane coklat tu en abang dengan anak2 bujangnye sepasang. Setel baju raya tema tahun ni. 

Selesai je kami pun jalan keluar. Mulakan perjalanan pulang ke rumah. Oppss..dalam perjalanan nak pulang tu singgah kota tinggi jap masuk kat Heritage Mall Panggung Wayang. Bukan tengok wayang yek..saje cuci2 mata je. hehee.. Sekejap je tak lame mane pun layankan kerenah anak2 je. Jam 3 petang kami selamat sampai kat rumah. 
Alhamdulillah..

Amin..
 
 
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen ♥

Ahad, 21 April 2013

~ Mc D kesukaan kami

Cuti minggu ni en abang ajak jalan JB. Hari yang ibu pilih ialah hari sabtu sebab kalau da gi jenjalan mesti la penat kan, Isnin lak anak da sekolah so ari ahad tu leh rehat sikit. Jam 10.30 pg kami mulakan perjalanan. Singgah kota en abang beli batery kereta kancil lepas tu teruskan perjalanan ke JB. Destinasi kami mula tuju ialah tempat makan dulu. Hehee.. Mane lagi..Mc D la. Anak2 ibu bile ditanye nak makan ape mesti jawab nak makan ayam goreng. En abang pun memang suka makan kat Mc D ni. Nasib baik tibe kat Mc D jam 11.30 pg da ada ayam goreng da kalau tak menu sarapan pagi la. 

 
 Piss yoo dari kak long makan sampai licin ha..

 Geram tengok dengan budak kecik ni tak padan nak cecah sos jugak tu..

 Alhamdulillah..habis semua kami makan.

Sebelum keluar tu kak long dengan abang ngah sempat nak posing kat patung ni. Layankan je..
 
Lepas makan kami jalan ke Giant pulak. Nak tengok ape kami buat kat giant tunggu ea..
Sambung nanti..hahaa

 

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen ♥

Jumaat, 19 April 2013

~ Donut jadi Bom lak..

Pagi ni lepas anak2 pegi sek je tak sampai 5 minit tetibe tak de karen. Hp pulak kehabisan batery. Biasenye setiap hari lepas anak2 pegi sek ibu on tv 9 dari jam 7.30 pg hingga 11.30 pg menonton tv sambil mengemas umah dan sambil melayan kerenah si kecik ibu. Tapi arini karen tak de ibu pun ambil kputusan nak adun kuih donut. Kesian la si kecik ibu ni tak de makanan nak mengunyah. Ibu pun adun la..

 
Ni adunan yg da siap di bentuk menjadi bom. Versi lain la pulak sebab malas nak guna acuan donut tapi resepi tetap resepi donut ye. 

Ni pulak adunan yg da naik semambak berhimpit2 gitu..hehee. Da boleh goreng la.. 
 
 Ha..da siap goreng. Tabur gula icing da boleh makan.


Ok kat sini ibu ade salinkan resepi donut. 
Bahan2:
2 cawan tepung gandum
1/3 cawan susu segar @ air masak
1 sudu marjerin
1/2 sudu garam 
2 sudu besar gula pasir
1 biji telur
*bahan2 di atas ni dikisar ataupun boleh digaul dalam satu mangkuk je*
1/2 sudu yis mauripan dibancuh dengan 1/4 air suam
1 sudu besar ovelette

Cara2nye:
Apabile bahan yang dikisar tadi sudah dikisar masukkan kedalam tepung dan gaul hingga sebati.
Kemudian masukkan yis dan ovelette.
Uli hingga menjadi doh jika lembik boleh tambahkan tepung gandum sedikit demi sedikit.
Apabila siap menjadi doh boleh bentukkan dengan acuan donut.
Susun di atas dulang yang telah disapukan dengan sedikit minyak supaya tidak melekat.
Biarkan hingga naik @ kembang dalam beberapa minit.
Apabila da kembang boleh goreng dengan api yang sederhana takut hangus nant isi dalam kurang masak dan mentah.
Siap di goreng boleh taburkan dengan gula icing. (ibu gune gula icing je tak payah nak susah blender gula pasir) Senang je..

Ok siap da salin resepi. Ade yang same tak dengan resepi kalian. Ibu da banyak kali buat donut ni. Nak dibandingkan dengan tepung donut segera dengan resepi ni. Ibu rasa resepi ibu lebih sedap kot. hehee.. 

SELAMAT MENCUBA!
      
 Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen ♥

Khamis, 18 April 2013

~ Testing je

Ini la familyku.. 

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen ♥

Isnin, 15 April 2013

~ Craft 4 & 5

Assalammualaikum..lame tak berlog kan. Mane taknye busy dengan benda alah ni. Bile da tak de keja ini la kejanye yang ibu buat sekarang. Saje suka2 kan..mane yang berminat tu ade gak nak beli heheee.. 

Ni antara yang terbaru ibu buat. Pin tudung yang bercorakkan pusar. Sangat simple.

Ni pulak corak bunga yang dikreatifkan berpasangan. 

Masih lagi bernama pin tudung. 

 Ni pun same gak.
Kepada sesiapa yang berminat boleh email yang tertera di kotak facebook ok.

SEKIAN!
 
 

♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen ♥

Rabu, 10 April 2013

~ Apam Strawberry

Apam Strawberry

Bahan2:
140 gm tepung gandum 
1 1/2 sudu baking powder (diayak bersama tepung gandum)
110 gm gula halus
75 ml susu segar @ susu cair
2 biji telur
1 sudu kecil ovellette
1/2 sudu esen vanila
Beberapa kepnig mangkuk kertas

Cara2nye:
- Pukul telur dgn gula halus sehingg kembang
- Masukkan tepung gandum yg diayak bersama baking powder diselang-selikan dengan susu segar
- Kemudian masukkan ovelette dan esen vanila putar hingga kembang dan gebu.
- Bahagikan kepada 3 bahagian :- merah, hijau dan putih. 
- Masukkan warna merah dulu ke dalam mangkuk kertas kemudian di corakkan batang strawberry dng warna hijau. Dan dot2 kan dengan warna putih.
- Kukus selama 10 - 15 minit.

*tips: 1 - utk mengelakkan air kukus jatuh ke atas kuih balutkan penutup kukus dengan kain tuala yg bersih.
2- jangan gunakan api yg besar semasa kukus untuk mengelakkan merekah. Gunakan api yang sederhana.


 Ok, ni hasilnye siap boleh dimakan.

SELAMAT MENCUBA!
 
 

♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen ♥

Sabtu, 6 April 2013

~ Sekali lagi Dominos

Semalam petang en abang ajak gi bandar kota belanja barang keperluan dapur. Tibanye kat kat kota ibu menuju ke kedai 2N dulu sebelum ia ditutup. Cari barang yang ibu nak beli. Ibu cume beli 2 barang tapi anak2 lak yang lebih. Tau2 je la perangai diorang ni kan. Selesai sudah menuju pulak ke econsave belanja susu Aqil. Sebenarnye ini la tujuan nak ke kota nak cari susu Aqil. Tibe kat econsave masih yang same semua barang anak2 je termasuk la barang en abang. Barang ibu ape yek? Ermm..tak de pun. Habis belanja kat econsave en abang ajak makan lak. Tetiba je bawe kami ke Dominos Pizza. Huu..anak2 ape lagi suka giler ar kan. Ibu pun same..hahaaa.. 

Sementara menunggu oder belum sampai, kebetulan kat luar tu ade pulak kereta eskot polis berbunyi tu yang en abang dengan Aqil sibuk tengok kat luar tu..

  Dominos Pizza kami oder kali ni yang tebal pulak. Kalau yang lepas kami oder yang sederhana je ni nak rase yg tebal pulak. Walaupun tebal sedap tetap sedap..marbeles gitu.(tak macam pizza hut).

Afdhal yang sibuk asik nak suh amik gambo dia aje..hehee..

 Kak long yang khusyuk makan ayam panggang. Sikit pun tak memandang ibu ek..

 Dengan adenye kad ni, lepas ni kalau makan dominos lagi boleh dapat free 1 pizza. Bak kate 'beli 1 percume 1'. Macam mane nak dapatkan kad ni cube la pegi Dominos yek..

Siap je makan ingatkan nak jalan cuci mata kat pasar karat depan jam besar tu. Memandangkan da kekenyangan mata da jadi ngantuk pulak. Tanpa membuang mase kami jalan pulang ke rumah. Alhamdulillah..selamat sampai rumah.
 

♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen ♥

~ Craft 3

 Ok, ini sambungan craft yang ibu buat atas permintaan pelanggan. 

  Ni hasil yg ke 3 ibu buat. Corak bunga ber'pin'kan rambut. Ni tempahan dari custemer.


 Hasil yang ke 4 yang bercorakkan name. Ni pun tempahan dari custemer jugak.

Pada sesiapa yang nak tempah boleh la ye. Email je ok..

 

♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen ♥

Rabu, 3 April 2013

~ Craft 2

Sejak akhir2 ni ibu sibuk menyibukkan diri dengan buat benda alah ni. Bile da terlibat dengan benda alah ni huuhh...boleh jadi syok dan leka membuatnye. Mula la timbul idea nak buat corak itu corak ini. Hasil tunggu jap lg ibu tayang ok. Haa..tapi nak buat ni kena la setelkan kerja umah dulu. Ibu buat ni pun curi2 mase sikit bile anak da tido baru boleh buat. 

 Ini la hasil yang pertama ibu dapat buat. Corak bunga dan belakangnye ber"pin". Diam2 tak diam da ade yang nak beli ni tau. Sesiapa yang teringin nak beli boleh la oder ye. 

Ini hasil yang ke 2 bercorak reben same juga belakangnye ber'pin'. 

Anak dara ibu da cop mane yang dia nak. Mula la berangan dengan pin tudung dia tu..hehee..
 Ok, kita tunggu hasil yang akan datang pulak ye. 
 

♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen ♥

Selasa, 2 April 2013

~ Kek Coklat Batik

Bile da tak de kerja mula la datang rajin nak buat kek coklat batik. Da banyak kali da ibu buat kek ni. Buatnye pun tak la susah mane pun senang je. Anak2 dan en abang memang suka makan kek ni sebab tu ibu rajin buat. Belum sempat sejuk anak2 da mula nak potong makan.

 Tak sampai 2 hari da jadi macam ni. Hahaa..yang si kecik Aqil tu pun boleh tahan kuat makan gak sekejap sebentar nak lagi. 

* Sebelum ni ibu ade update resepinye kalau nak cube buat sila2 la cari kat coretan lepas ok.*


♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...